Pada awalnya, para wanita ini akan dianggap sebagai orang luar apabila awal-awal masuk di keluarga suami. Mesti para wanita, hanya inginkan keluarga mertua yang baik dan anggap mereka seperti anak mereka sendiri.
Seperti wanita ini, beliau menunjukkan mak mertua beliau membuat kejutan kepadanya semasa di kedai makan. Tetapi yang menghiburkan adalah, pada waktu itu beliau sedang tak ‘behave’ ketika makanan telah sampai.
Kisah comel ini dikongsikan oleh _hayatiiii di TikTok beliau dan buatkan netizen gembira kerana beliau dapat keluarga mertua yang sangat baik. Tak semua dapat merasa seperti beliau kerana ada yang masih terseksa bersama keluarga mertua yang masih dianggap orang luar.
Ketika itu, beliau sedang menari kecil di meja makan, mungkin gembira kerana makanan kegemarannya sampai. Namun beliau tidak menyedari kehadiran mak mertuanya dari belakang sambil dirakam oleh kawannya.
Mak mertua beliau hanya memerhati gelagat menantunya yang sedang tidak behave sambil tersenyum. Mungkin di dalam hati beliau mengatakan bahawa comel pula gelagat sempoi menantu kesayangannya.
Selepas menyedari kehadiran mak mertuanya, terus beliau tergamam dan terkejut.
Mana tidak terkejut, beliau ketika itu yang sedang membaca doa terus pandang ketepi. Terus beliau bersalaman dan berpelukan dengan mak mertuanya.
Sangat sempoi kedua anak beranak ini dan dapat kita lihat hubungan mereka sangat rapat kerana dapat bergurau senda seperti kawan-kawan sahaja.
@_hayatiiii Replying to @lifah ni awak HAHAHAHA SAMPAI SEKARANG RASA MALU TU TAK HILANG LAGI 🤣🤣😭
@_hayatiiii Replying to @lifah ♬ Klepek Klepek – Hesty Klepek Klepek
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memberi komen bahawa gelagat beliau ini sangat comel dan dalam masa yang sama berdebar dan takut jika mertua beliau berkata apa-apa.
Ini semua idaman para wanita, jadi sebelum berkahwin. Cubalah untuk ambil hati bakal mak mertua anda dan para lelaki juga main peranan yang penting untuk tunjukkan kebaikan kita kepada keluarganya.
Kredit: _hayatiiii