Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bayam brazil menjadi ulam yang terkenal dan disukai oleh kebanyakkan orang di Malaysia. Sebenarnya macam-macam yang boleh dibuat dengan bayam brazil ini, antaranya kerabu bayam brazil. Rasanya memang sedap.
Yang mana ada tanam bayam brazil dekat rumah tu boleh lah cuba buat kerabu bayam brazil ni.
Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda Jadi Penambah Selera, Ini Resipi Yang Patut Korang Cuba. Ratah Sahaja Pun Sedap!
Bahan-Bahan:
- bayam brazil
- mangga muda – sagat halus
- cili padi – hiris
- bawang merah – hiris
- gula secukup rasa
- jus limau nipis – secukupnya
- asam boi – dihiris / disagat
- kerisik secukupnya
- ikan bilis goreng secukupnya
- hirisan bunga kantan (kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing)
Cara Penyediaan:
- Bersihkan Bayam Brazil dan toskan airnya.
- Dalam bekas berasingan, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu. Untuk asam boi, jangan ambil bijinya. Sagat isinya sahaja.
- Masukkan bayam brazil ke dalam bekas diikuti hirisan mangga muda, cili padi, bawang merah, bunga kantan, jus limau nipis, gula dan asam boi.
- Tambahkan juga kerisik. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya supaya seimbang.
- Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng. Lebih banyak diletak, lebih sedap rasa kerabu.
- Siap. Kerabu Bayam Brazil sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba dan menikmati kerabu bayam brazil mangga muda. Makan dengan nasi memang bikin menambah. Selamat makan.
Sumber: Nabila Humaira
Baca juga: Resipi Sup Kambing Versi Pekat, Boleh Makan Bersama Nasi Kosong & Cicah Dengan Roti! Sesuai Untuk Sahur Tidak Lama Lagi