Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bau Macam Stokin Busuk Lama!” – Mat Salih Nak Muntah Lepas Makan Tauhu Busuk Pasar Malam, Dia Pelik Kenapa Orang Cakap Sedap

“Bau Macam Stokin Busuk Lama!” – Mat Salih Nak Muntah Lepas Makan Tauhu Busuk Pasar Malam, Dia Pelik Kenapa Orang Cakap Sedap

Kategori:

Tak semua orang tahu kewujudan Tauhu Busuk ini dan bagaimana caranya ia diproses. Ianya adalah tauhu yang diperam dan bau yang sangat kuat hingga menusuk hidung. Ia dijadikan sebagai snek yang selalu dijual di tepi jalan atau gerai atau pasar malam. Ianya selalu dijual di bar makan tengah hari dan dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Bau tauhu busuk ini sangat kuat dan sebab itulah Mat Salih ini nak muntah selepas makannya. Tapi beliau sangat pelik kenapa orang sanggup beratur kerana masyarakat mengatakan ianya sedap.

“Bau Macam Stokin Busuk Lama!” – Mat Salih Nak Muntah Lepas Makan Tauhu Busuk Pasar Malam, Dia Pelik Kenapa Orang Cakap Sedap

Video reaksi terhadap Tauhu Busuk ini dikongsikan oleh Dale Philip dan menunjukkan reaksi yang sangat tidak sedap terhadap makanan itu. Beliau ialah seorang vlogger berasal dari Scotland, United Kingdom. Waktu kejadian itu beliau sedang berkunjung ke pasar malam di Taman Connaught, Cheras, Selangor.

Ketika beliau sedang berjalan di sepanjang pasar malam itu, beliau tertarik dengan sebuah gerai Tauhu Busuk yang ramai pelanggan yang sedang beratur. Terus beliau tegur pelanggan yang paling hadapan dan meminta mereka untuk membeli kepada beliau kerana beliau tidak sanggup untuk beratur.

muntah

Pemuda berbangsa Cina itu membantu Philip untuk dapatkan empat ketul tauhu busuk dan beliau tersenyum gembira kerana tidak perlu beratur. Meskipun beliau ketika itu tidak tahu bagaimana rasanya tauhu busuk.

Beliau terus mencari tempat untuk menikmati Tauhu Busuk itu dan duduk di tepi longkang yang bersih. Philip mengatakan bahawa makanan itu mempunyai tekstur yang keras dan nampak seperti biskut kerana ianya rangup.

muntah

Beliau berkata tauhu busuk ini mempunyai bau yang sangat kuat seperti stokin yang basi selepas bersukan sehingga menusuk hidung beliau. Lantas, beliau terus masukkannya ke dalam mulut dan terus dahinya berkerut.

Selepas berkerut dahi, beliau terus meludahkan tauhu busuk itu ke dalam longkang. Tekak mat salih beliau tidak dapat menelan langsung kerana beliau mengatakan baunya sangat busuk.

muntah

Kerana tekak beliau rasa sangat tidak selesa, beliau terus mencari air yang manis untuk hilangkan rasa tauhu busuk di dalam tekaknya.

Philip menunjukkan video review yang sangat jujur dan dikongsikan di Facebook beliau. Ramai netizen memberi komen di ruangan video beliau dan memberi pendapat yang sama seperti beliau.

You Better Remember That Name For Rest Of Your Life

Menerusi di ruangan komen, netizen juga memberi beberapa cadangan kepada Philip untuk mencuba makanan lain di Malaysia. Seperti kita tahu, Malaysia mempunyai pelbagai makanan yang lagi enak berbanding tauhu busuk.

muntah muntah muntah muntah

Bagus juga apabila dapat reviu jujur begini daripada orang luar kerana kita sendiri orang Malaysia pun tak pernah merasa bagaimana rasanya makanan itu. Melalui reviu ini juga, mungkin peniaga akan tingkatkan lagi mutu makanan yang dijual mereka.

Kredit: Mstars dan Dale Philip 

Baca Juga: Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

tags: | |