Pada acara perkahwinan, sahabat-sahabatlah antara yang paling bahagia dan gembira dengan hari besar kita. Majlis perkahwinan yang disatukan oleh dua pasangan yang bercinta dan menjadi pasangan yang halal.
Tapi kelakar pula apabila sahabat-sahabat pengantin ini beri hadiah perkahwinan ‘rare’ berbentuk seeokor kambing dan siap berdandan lagi.
Video gelagat sahabat-sahabat pengantin berasal dari Indonesia ini sangat lucu, yang dikongsikan oleh harimausumatera388 dan membuat netizen gelak terbahak-bahak.
Apa yang lagi melucukan ialah kambing itu siap mekap dan dipakaikan baju yang cantik, diletakkan di atas pelamin. Sangat comel dan melucukan!
Comel pula bila dipakaikan mekap berserta baju dan reben di tengkaknya. Pengantin lelaki cuba ikat tali kambing itu di tiang bunga dan pengantin perempuan hanya mampu terduduk dan tergelak sahaja.
Mungkin mereka tidak terfikir untuk dapat hadiah rare ini kerana jarang sekali pasangan pengantin lain dapat hadiah ini.
Bagus juga idea kahwin rare ini, boleh dijadikan sebagai aset masa depan kerana tidak perlu fikirkan apa lagi di upacara aqiqah anak mereka nanti.
Guna sahaja kambing pemberian sahabat-sahabat ini dan tidak perlu keluarkan banyak duit.
@harimausumatera388 #aqiqa ♬ suara asli – Latif sampurna – HarimauSumatera
Menjengah di ruangan komen, netizen ramai komen akan solekan yang dikenakan di muka dan pakaian kambing itu.
“Yang memberi dan diberi sama sama orang baik.”, komen netizen bernama Bisri Puddle Pop mengatakan bahawa mereka di dalam video ini semua baik-baik dan mengejar pahala bersama.
Tapi apa yang lebih indah adalah bersyukurnya pasangan ini kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang fikirkan masa hadapan. Mungkin pada saat ini, nampak hadiah rare ini kelakar tapi ianya berguna kelak.
Semoga kita ditakdirkan mempunyai sahabat seperti pasangan pengantin ini juga. Amin!
Kredit: harimausumatera388