Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dah Macam Karangan..”, Pelanggan Foodpanda Minta Peniaga Ayam Drumstick Untuk Anak, Caranya Buat Ramai Kagum Dan Terhibur

“Dah Macam Karangan..”, Pelanggan Foodpanda Minta Peniaga Ayam Drumstick Untuk Anak, Caranya Buat Ramai Kagum Dan Terhibur

Kategori:

Bila dah jadi peniaga, bermacam ragam pelanggan yang kita akan jumpa. Ada yang baik untuk menyenangkan kita tapi ada pula yang boleh beri kita sakit kepala kerana perangai buruk mereka. Tapi, ada pula yang jenis kelakar yang dapat hilangkan penat mereka semasa berniaga.

Seperti peniaga ini, beliau mendapat nota daripada pelanggan beliau di pesanan foodpanda. Pelanggan beliau cuba memujuk peniaga itu dengan cerita sedih supaya peniaga itu memberikan ayam drumstick kepadanya. Apa yang lebih kelakar adalah beliau kaitkan cerita sedih itu dengan kartun Upin dan Ipin.

“Dah Macam Karangan..”, Pelanggan Foodpanda Minta Peniaga Ayam Drumstick Untuk Anak, Caranya Buat Ramai Kagum Dan Terhibur

Kisah lucu ini dikongsikan oleh Nur Aina Syahirah dengan muatnaik gamabr itu di ruangan komen Facebook Page Daily Rakyat. Sebelum ini, Daily Rakyat juga ada kongsikan pengalaman kelakar peniaga yang lain tapi kali ini lagi kelakar kerana pelanggan ini bercerita.

Cara beliau ini dapat membuat peniaga ini tersenyum dan ingin berkongsi kepada orang ramai. Ini juga menunjukkan pelanggan itu meminta dengan beradab dan serius.

ayam drumstick

Awal-awal nota itu didahulukan dengan salam dan terus beliau meminta ingin ayam drumstick sebelum memulakan cerita sedih beliau. Katanya, anak beliau sangat gemar melihat kartun Upin dan Ipin dan dari situ juga lah anak beliau gemar untuk makan ayam.

Sambung beliau lagi, sebelum ini anaknya tidak mahu langsung jamah ayam kerana trauma ayam peliharaannya dimakan kambing.

ayam drumstick

Mungkin sebelum ini, beliau pernah mencuba dengan menulis di nota itu untuk ayam drumstick. Tetapi, peniaga tidak hiraukan. Jadi, dengan cara ini sahajalah untuk peniaga nampak apa yang beliau inginkan.

Netizen mengatakan, apa yang kelakar adalah apabila dia memberitahu ayam beliau dimakan kambing. Tidak pernah pula dengar kejadian ayam dimakan kambing, dan itulah antara ayat yang di-higlight kan oleh netizen.

Ini Namanya Berbudi Bahasa, Minta Sesuatu Dengan Cara Hormat

Meriah di ruangan komen Facebook Page Daily Rakyat kerana mereka terkejut mengetahui kambing juga memakan daging. Tapi ada juga memberi komen bahawa ini adalah pengorbanan ibu bapa budak itu, kerana sanggup reka cerita semata-mata untuk dapatkan ayam drumstick.

Terima kasih juga diucapkan kepada peniaga yang sentiasa memberi servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka. Tapi, terima kasih juga kepada pelanggan yang cuba untuk gembirakan peniaga itu dengan benda-benda kelakar seperti ini.

Kredit: Nur Aina Syahirah

Baca Juga: Ini Rupanya Sebab Rasa ‘Pening’ Lepas Makan Kambing, Sedap Memang Sedap Tapi….

tags: | |