Kuih kayu keramat ini adalah kuih berasal dari negeri Terengganu Darul Iman, dan ia serupa dengan kuih Cakoi. Tapi, ianya berbeza kerana kuih kayu keramat lebih manis berbanding cakoi. Kuih cakoi pula dihasilkan lebih ringan dan lembut manakala kuih kayu keramat ianya agak berat sikit dan padat.
Jadi, ini adalah resipi Kuih Kayu Keramat yang anda boleh buat sahaja di rumah anda.
Rupanya Kuih Cakoi Berbeza Dengan Kuih Kayu Keramat Malah Lebih Sedap, Ini Resipi Kuih Kayu Keramat Untuk Anda Semua
Resipi Kuih Kayu Keramat ini dikongsikan oleh Jieji Mustaffa lalu dikongsikan semula Facebook Page Resepi Hangat.
Bahan-Bahan:
- 500 gram tepung gandum
- 1 camca soda bikarbonat
- 1 camca teh yis mauripan
- 6 sudu makan gula
- 1 camca makan planta atau butter
- 230ml atau 1gelas air suam
- Garam
Cara Penyediaannya Kuih Kayu Keramat:
- Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika
- Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
- Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
- Kemudian masukkan air yis dan air gula yang dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda anggarkan dalam sejam lebih.
- Tumbuk-tumbukkan doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
- Panaskan minyak dan tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan
Tak mudah tapi tak susah nak buat kuih kayu keramat ini dan diharap anda dapat hasilkannya dengan comel dan sedap.
Selamat Mencuba!
Kredit: Jieji Mustaffa
Baca Juga: “Rasa Dia Macam Cicak..” Wanita Ini Batalkan Niat Kurus Lepas Di Scam Ibu Sendiri, Paksa Untuk Minum Air Akar Kayu