Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini memang terkenal di negeri utara, Perak dan rasanya sangat pedas. Bila sahaja disebut rendang mesti teringat dan rindu akan hari raya. Boleh dimakan bersama ketupat atau lemang tapi boleh juga dimakan dengan nasi putih.
Baunya sangat sedap apabila menggunakan rempah ratus yang telah dikisar halus dan ditumis hingga naik bau wangi. Jadi, ini resipi rendang ayam pedas perak yang anda wajib cuba pada hari raya nanti.
Rendang Ayam Pedas Perak Sesuai Dijadikan Lauk Hari Raya, Sekali Kena Memang Terangkat Kaki Sebab Berapi!
Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini dikongsikan oleh Faidhatul Arfah Ahmad dan dikongsikan semula oleh beberapa Facebook Page masakan yang lain.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam (potongan ikut citarasa anda)
- 15 biji bawang merah (diracik halus)
- 13 biji bawang kecil (diracik halus)
- 5 biji bawang putih (diracik halus)
- 12g kunyit hidup (diblender)
- 80g halia tua (diracik halus)
- 33g lengkuas (diblender)
- 4 helai daun limau purut (diracik halus)
- 8 batang serai (diracik halus)
- Gula melaka secukup rasa
- 4 sudu besar cili boh (tahap kepedasan atas anda)
- 2 helai daun kunyit (diracik halus)
- 1kg santan
- 90g kerisik
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
- Masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali.
- Kemudian, masukkan ke semua sekali bahan yang diracik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai yang di racik halus-halus.
- Masukkan juga bahan yang diblender iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup, lalu dimasukkan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit
- Tutupkan kuali dengan penutup, sesekali bukakkan penutup dan gaul-gaulkan ia.
- Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api menggunakan api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang di racik halus dan kerisik tunggu lagi dlm 30 minit – 40 minit.
- Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2 jam hingga 3 jam bergantung kepada portion yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
- Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati dan boleh tutup api.
- Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula hanya tambahkan sedikit air, jangan guna minyak masak.
Tak sabar pula nak buat rendang ayam pedas perak ini ketika Hari Raya Aidilfitri nanti. Kena sediakan air manis sejuk untuk hilangkan kepedasan rendang ayam ini.
Selamat Mencuba!
Kredit: Faidhatul Arfah Ahmad
Baca Juga: Resepi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!