Restoran Mee Tarik di Pasar Seni ini dikenali sebagai restoran yang ‘muslim-friendly’ kerana mempunyai pelanggan daripada pelbagai kaum. Restoran Mee Tarik ini boleh dikatakan viral kerana mendapat maklum balas yang baik daripada mereka. Ke semua menu yang di tawarkan mempunyai menu makanan yang enak-enak belaka.
Jadi wajarlah jika Restoran Mee Tarik Pasar Seni ini viral tetapi ada pula kisah yang lucu terjadi kepada pelanggan beliau. Video itu viral kerana wanita itu sedang leka menjamu selera, tiba-tiba khemah makan mereka dialihkan ke tengah jalan.
Pengalaman lucu itu dikongsikan oleh zzawani yang menunjukkan ketika itu beliau yang ingin menghirup sup mee tarik itu tetapi terkesima seketika. Ianya kerana ketika itu, tiba-tiba sahaja khemah diangkat dan diletakkan di tengah jalan.
Rupanya netizen lain yang pernah makan di situ juga pernah menghadapi situasi seperti beliau.
Beliau menulis di ruangan kapsyen dengan mengatakan perkara yang sangat random terjadi pada hari Selasa di Pasar Seni.
Awal-awal, rata-rata netizen ingat khemah tersebut untuk pelanggan lain dapat berteduh di tengah jalan. Rupanya tidak, pekerja mereka tutup khemah itu di tengah-tengah jalan yang sibuk.
Netizen lain berpendapat bahawa mungkin kerana keadaan sudah tidak panas lagi, jadi mereka tutup sahaja khemah itu.
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat masing-masing tapi ada juga segelintar antara mereka yang menghadapi situasi yang sama.
Anda boleh singgah ke Restoran Mee Tarik Pasar Seni ini ketika melancong ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana mee tarik di restoran ini sangat sedap!
Kredit: zzawani