Seperti sedia maklum, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Sukri melebarkan sayapnya dengan menjual biskut jenama Shelup Shelup. Pelbagai komen positif dari orang ramai dan ramai juga yang menyokongnya untuk terus maju ke hadapan.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang mengkritik tentang harga mahal biskut Shelup Shelup keluarannya. Ia susulan biskut dengan enam seleksi berlainan perisa bersama sos cicah itu dijual dengan harga RM179 dan ramai menganggap ia terlalu mahal dan tidak mampu untuk membelinya.
Menjelaskan perkara itu, Shuhada berkata pihaknya mengenakan caj itu memandangkan bahan-bahan premium digunakan untuk membuat biskut tersebut.
Shuhada berkata, pihaknya tidak menggunakan coklat sembarangan. Ia dihidangkan setandinng dengan yang dihidangkan di hotel bertaraf lima bintang.
“Dipping sauce kita bukan cap ayam. Bukan sos pencicah murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.
“Pertama, saya beri nama Miilky Chocolate yang menggunakan jenama coklat terkenal dunia. Semua orang pun kenal.
“Kedua, biskut shelup shelup Bueno Bueno yang ada filling Kinder Bueno Hazelnut White Chocolate dan terakhir, sos karamel ala-ala pencuci mulut di hotel lima bintang,” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada turut menegaskan produk jualannnya bersesuaian dengan harga kerana boleh dinikmati seisi keluarga.
“Untuk yang baharu tengok Shelup Shelup, jangan cepat melompat. Dalam satu kotak ada enam jennis biskut. Bukan ennam ketul ya. Memandai je yang komen tu.
“Harga memang bukan untuk makan seorang. Kuantiti dalam pun boleh kongsi satu keluarga. Jadi, ini bungkusan raya yang berbaloi untuk dikongsi satu keluarga,” ujarnya.
Sumber: mStar