Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cuaca Lebih Kering Menjelang Ramadan, Begini Cara Rasulullah Berpuasa Saat Cuaca Panas & Matahari Sedang Menyengat

Cuaca Lebih Kering Menjelang Ramadan, Begini Cara Rasulullah Berpuasa Saat Cuaca Panas & Matahari Sedang Menyengat

Kategori:
berpuasa saat cuaca panas

Keadaan cuaca dijangkakan lebih kering menjelang bulan Ramadan yang akan datang pada tahun ini.

Bagaimanapun menurut Sinar Harian, Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang berkata, cuaca hujan diramalkan akan kerap berlaku pada waktu sebelah petang.

Cuaca Lebih Kering Menjelang Ramadan, Begini Cara Rasulullah Berpuasa Saat Cuaca Panas & Matahari Sedang Menyengat

berpuasa saat cuaca panas

“Secara lazimnya apabila kita tibanya di hujung Mac, keadaan iklim di Malaysia akan memasuki musim peralihan monsun.

“Dalam musim ini, keadaan cuaca biasanya akan menjadi lebih kering berbanding masa musim tengkujuh, namun hujan petang kerap berlaku,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Selain itu, Jing Xiang berkata, orang ramai yang ingin mengunjungi bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa dinasihatkan supaya menyediakan payung sebelum keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu sentiasa memantau ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Saya menyeru orang ramai memberi perhatian kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Ramalan yang dikeluarkan dalam 24 jam itu mempunyai ketepatan yang tinggi dan pastinya jika dijadikan panduan, ia akan dapat membantu para peniaga dan juga pengunjung ke bazar-bazar Ramadan,” ulasnya dalam hal berpuasa saat cuaca panas.

berpuasa saat cuaca panas

Dalam perkembangan sama, menariknya keadaan cuaca panas pernah dialami Rasulullah, iaitu puasa saat cuaca panas atau saat terik matahari sedang sangat menyengat dan ini boleh dijadikan panduan buat kita.

Mengutip NU Online, untuk mengatasi ini Rasulullah kemudian menyegarkan diri dengan air, sebagaimana yang diceritakan dalam hadith riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Dawud.

Mandi Mampu Mengurangi Beban Orang Yang Sedang Berpuasa Tapi Kepanasan

berpuasa saat cuaca panas

Dari Abu Bakar bin Abdurrahman dari seorang sahabat Rasulullah. Ia berkata, “aku melihat Nabi Muhammad SAW menuang air di atas kepalanya lantaran panas. Sementara beliau sedang berpuasa.”

Melalui hadith inilah lantas jadi alasan, seseorang yang berpuasa saat cuaca panas boleh mendapat keringanan saat cuaca panas, dengan menuangkan air di sebahagian atau ke seluruh tubuhnya seperti mandi.

Tindakan ini dipastikan tidak akan mencederai nilai puasanya, dan tidak membatalkan puasa yang sedang dijalankan. Tapi dengan tindakan ini secara efektif mampu mengurangi beban orang yang sedang berpuasa tapi kepanasan.

Meski begitu, perlu waspada juga mandi di siang hari saat puasa juga bisa membatalkan puasa, jika dengan sengaja memasukkan air dalam jumlah banyak ke mulut, lalu tertelan.

Dalam Kitab I’anatut Thalibin, ulama menyimpulkan bahawa air yang secara tidak sengaja masuk ke dalam tubuh melalui telinga, mulut, hidung, dan lubang anus dari aktiviti yang tidak dianjurkan mampu membatalkan puasa.

Aktiviti yang tidak dianjurkan tersebut seperti, menyelam ke dalam air atau berenang saat puasa, dengan tujuan menyegarkan tubuh, kerana ini adalah tindakan makruh.

Sumber: Sinar Harian & NU Online

Baca juga: Pelanggan Ini Kagum Marrybrown Tawarkan Menu Rahmah Dengan Pilihan Minuman Bekarbonat, Harga Satu Set Hanya RM5 Sahaja!

tags: |