Sebut sahaja teh tarik, pasti kebanyakan rakyat Malaysia bersetuju mengatakan ia adalah antara minuman yang menjadi penghubung antara kaum. Tidak kira kaum Melayu, Cina atau India, pasti akan meminati kepekatan teh tarik dengan aromanya yang melazatkan.
Minuman kegemaran rakyat Malaysia kini boleh didapati di jenama ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia – KFC. Yang pasti, ia lebih oomph untuk dinikmati bersama setiap juadah anda!
Pasti tertarik, KFC Hot Teh Tarik baharu ini diformulasi dengan resipi istimewa KFC yang membuatnya lemak berkrim, lebih berbuih, dan lebih enak!
“Teh Tarik merupakan minuman versatil yang tidak pernah mengecewakan dan sesuai dijadikan sebagai pelengkap apa jua hidangan. Sama ada dinikmati bersama makanan mengenyangkan atau secara on-the- go, KFC Hot Teh Tarik baharu kami yang bertekstur ringan namun tetap ‘kaw’ pasti membuatkan hari anda lebih bersemengat!
“Kami cadangkan anda menikmatinya bersama hidangan sarapan terutamanya bersama Nasi Lemak KFC untuk hidangan tradisional Malaysia yang sedap hingga menjilat jari,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
KFC Hot Teh Tarik boleh didapati sepanjang hari di restoran KFC seluruh negara bermula RM4.20. Bagaikan pinang dibelah dua, ianya juga boleh didapati secara set dengan Nasi Lemak KFC – digandingkan untuk mulakan pagi anda dengan hidangan yang memuaskan!
Dapatkan sekarang melalui khidmat makan-di-restoran dan pandu lalu! Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC.