Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Terkejut Dapat Roti John Rentung Bagaikan Arang, Ramai Perli Ini Menu Terbaru Bazar Ramadan Tahun 2023

Pelanggan Terkejut Dapat Roti John Rentung Bagaikan Arang, Ramai Perli Ini Menu Terbaru Bazar Ramadan Tahun 2023

Kategori:
Roti John rentung

Tiba bulan Ramadan, Bazaar Ramadan menjadi tumpuan untuk memilih dan membeli juadah bagi berbuka puasa. Aneka makanan dan minuman disediakan di sana untuk mengisi perut ketika iftar.

Tetapi, dalam bergembira membeli makanan di sana, ada isu tentang keikhlasan peniaga-peniaga menjual makanan yang dimasak dengan acuh tak acuh.

Pelanggan Terkejut Dapat Roti John Rentung Bagaikan Arang, Ramai Perli Ini Menu Terbaru Bazar Ramadan Tahun 2023

Roti John rentung

Terdahulu, tular isu Roti John yang dibeli hanya mengandungi sos dan mayonis sebagai inti, sedangkan ia perlu diletakkan isi daging atau ayam ke dalamnya.

Dan yang terbaharu pula, Roti John yang dibeli hangus dibakar atau dimasak bagaikan arang membuatkan roti yang dikapit rasanya pahit. Bukan hangus hanya sedikit, tetapi melihat kepada gambar, Roti John berkenaan hangus semuanya dan peniaga tetap menjualnya kepada pelanggan.

Apa yang lebih mendukacitakan, Roti John biasanya sudah dimasak secara jumlah yang banyak dan dibungkus siap. Pelanggan hanya perlu mengambil dan membelinya sahaja. Jadi mereka tidak dapat melihhat rupa sebenar Roti John berkenaan.

Jadi, keikhlasan peniaga memang diperlukan dalam meniaga makanan tersebut.

“Setiap tahun menu-menu ni mesti ada. Tahun ni menu Roti John arang”, tulis penghantar gambar di hantaran TikTok, Nauzdir.

Tak Tahu Roti John Rentung, Ada Kala Peniaga Bungkus Siap-Siap

Roti John rentung

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang tururt menceritakan nasib masing-masing berhadapan dengan peniaga Bazaar Ramadan yang tidak jujur.

“Saya beli ayam golek ayam tak masak bau pun masih bau ayam mentah darah pun duk ada lagi,” komen Naz pada hantaran Roti John rentung itu.

“Sama la hari ni beli dapat Roti John hangit”, kongsi netizen lain dengan nama Andak.

Netizen Kongsi Pengalaman Ditipu Peniaga

Roti John rentung

Kesimpulannya, semoga tularnya isu-isu ini mendapat perhatian oleh peniaga-peniaga agar lebih berhati-hati dan ikhlas dalam berniaga. Tidak rugi untuk masak sedap-sedap kerana pasti pelanggan akan datang lagi.

Sumber: nauzdir114

Baca juga: Pelanggan Kesal Beli Roti John Untuk Berbuka, Tapi Peniaga Letak Inti Sos & Mayo Sahaja

tags: | |