Lazimnya setiap tahun Hari Raya Aidilfitri akan disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Para ibu biasanya antara orang yang paling teliti membuat persiapan berminggu-minggu sebelum Aidilfitri menjelang.
Pelbagai juga idea resipi dikongsikan di semua media sosial untuk netizen supaya ada idea untuk memasak di pagi hari raya. Jadi, ini Resipi Kek Pandan Kastard yang wajib dibuat dijadikan sebagai dessert.
Pagi Raya Tak Tahu Nak Buat Dessert Apa Untuk Tetamu? Apa Kata Anda Cuba Buat Resipi Kek Pandan Kastard!
Resipi Kek Pandan Kastard ini dikongsikan oleh Zurina Kifli dan dikongsikan semula di Facebook Page Inspirasi Resepi.
Nota: Sukatan cawan minum teh 200ml
Bahan-Bahan Untuk Kek Panda:
- *1 1/2 cawan tepung superfine
- *1/2 cawan tepung jagung
- *1 sudu teh baking powder
- *Secubit garam halus
- *1 sudu makan susu tepung
- Ayak bersama bahan bertanda*
- 3/4 cawan gula castor
- 6 biji telur gred B
- 1 sudu makan ovalette
- 80ml Air pandan
- 80ml minyak jagung@masak
- Sedikit Emulco kelapa pandan
- Sedikit pewarna hijau Epal
Nota: ** Boleh gantikan air pandan dgn susu cair dan abaikan susu tepung jika guna susu cair.
Cara Penyediaannya:
- Panaskan oven sebelum mula mengadun dengan suhu 180, api atas bawah.
- Satukan kesemua bahan kecuali minyak dan dimulai dengan telur atau bahan cecair. Mix beberapa saat dengan speed perlahan hingga sebati kemudian terus naik ke high speed dan mix 3 minit.
- Turunkan ke speed 2 dan terus mix 2 minit. Naikkan pula ke high speed 2 minit. Ulang naik dan turunkan speed hingga adunan kelihatan gebu. Teknik ni mesti kek span tak kecut dan tak turun.
- Matikan mixer, sisipkan adunan pada tepi-tepi mangkuk mixer. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kaup balik perlahan dengan spatula hingga sebati.
- Oleskan sedikit shortening atau marjerin dalam loyang 9 inci dan alas baking paper. Tuangkan adunan dan ratakan.
- Bakar suhu 170 darjah selama 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
- Dah masak terus keluarkan dari oven dan terbalikkan kek atas redai. Biarkan beberapa minit, tanggalkan loyang.
- Tebalikkan semula kek ke kedudukan asal. Biarkan betul-betul sejuk dan potong 2 atau 3 lapis menggunakan benang. Loyang bekas kek tadi basuh siap-siap sebelum memasak kastard.
Bahan-Bahan Untuk Kastard Pandan:
- 1 cawan santan Kotak kara atau santan segar
- 3 cawan air
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan susu cair
- 50gm tepung jagung
- 50 gm tepung kastard
- 3/4 cawan gula castor
- 1 sudu teh garam halus
- 10g agar-agar serbuk (boleh guna agar-agar tali)
- Paste pandan (jika tak guna air pandan)
- Sedikit pewarna hijau epal
Nota: **Jumlah cecair (santan+susu cair+air pandan dan air mesti 1200ml atau 6 cawan kesemuanya)
Cara Penyediaan Untuk Kastard Pandan:
- Jika guna agar2 serbuk,ayakkan tepung dan satukan dgn bahan2 lain ke dlm periuk.
- Kacau dgn api sederhana perlahan2 sampai pekat berkilat dan meletup2 kecil.
Cara Penyediaan Jika Guna Agar-Agar Tali:
- Satukan air dengan agar-agar dan masak hingga mendidih dan agar-agar telah larut. Kacau sekali sekala.
- Masukkan gula, garam dan pewarna. Kacau sekejap hingga mendidih.
- Ayakkan tepung dan satukan dgn air pandan, santan dan susu cair. Kacau sebati dan tuangkan kedalam periuk agar-agar yang tengah mendidih.
- Kacau jangan berhenti hingga adunan pekat dan mula meletup-meletup kecil.
- Kalau nampak terlalu pekat tambah setengah cawan air panas dan kacau sebati hingga mula meletup-meletup kecil semula. Matikan api.
Cara Melapis Kek Dan Kastard:
- Basahkan loyang yang membuat kek sebentar tadi atau renjiskan dengan air biar basah.
- Kalau kek potong 2, bahagikan kastard kepada 3 bahagian.
- Bahagian dalam loyang biar basah, jangan lap kering. Kemudian cedok 2 senduk kastard masuk ke dalam loyang dan ratakan.
- Ambil sekeping kek dan letak atasnya, laraskan letak di tengah-tengah. Biarkan tepi-tepi ada ruang kosong.
- Kemudian cedok lagi baki kastard dan tuangkan keatas kek, tuangkan juga pada tepi-tepi sekeliling kek. Ratakan kemudian hentak-hentak perlahan biar kastard rata dan turun ke tepi-tepi loyang.
- Kemudian ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas kastard tu dan kemudian tutup balik dengan baki adunan kastard. Ratakan dan hentak perlahan loyang.
- Biarkan kastard sejuk, kemudian simpan kek dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
- Kalau tak cukup 4 jam atau lebih jangan tanggalkan loyang dan keluarkan kek. Nanti kastard tak cukup keras dan kemungkinan takut pecah…
Cara Tanggalkan Kek Dari Loyang:
- Lepas keluarkan loyang dari peti ais, kalau nampak kastard melekat kuat pada tepi loyang, ambilkan pisau besi nipis dan lalukan hujungnya pada tepi permukaan loyang.
- Tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang nanti calar-calar kastard. Hentak dan goyang sikit-sikit loyang supaya kek regang sikit dari loyang.
- Ambik pinggan besar atau cake board atau talam letak pada permukaan loyang. Kemudian terbalikkan biar loyang terlangkup atas pinggan. Tepuk-tepuk sikit belakang loyang.
- Pegang sisi loyang dengan tapak tangan. Bila rasa kek dah turun, angkat loyang perlahan-lahan.
Terus terjadi sebuah Kek Pandan Kastard yang sangat sedap dan cantik kejadiannya. Boleh buat dua hari awal sebelum raya dan sajikan kepada para tetamu nanti.
Selamat Mencuba!
Kredit: Zurina Kifli
Baca Juga: 10 Resepi Kek yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia, Semuanya Sedap & Menggiurkan!