Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan untuk semua umat Islam manusia dan mendidik manusia untuk menjadi seorang yang tabah, jujur dan tolak ansur dalam diri. Umat Islam harus menahan diri daripada berbohong, mengeluarkan kata-kata negatif dan tidak berpuasa.
Maka, bulan ramadan inilah ramai yang akan cuba menjadi seorang insan yang lebih baik kerana pahala bulan ramadan ini sangat besar. Tapi ada pula sikap individu yang sangat tidak bertamadun dimana meninggalkan puasa dengan sengaja.
Pejabat Agama serbu rumah wanita kerana menjadi peniaga Nasi Ayam Goreng kepada individu yang tidak berpuasa. Namun, yang paling menggelikan adalah wanita terbabit meletakkan makanan-makanan itu di tepi mangkuk tandas dan dalam mesin basuh.
Pegawai Agama Jajahan Bachok yang dikenali sebagai Encik Suratemi Mat Yusof, adalah individu yang menyerbu ke rumah wanita 40-an itu. Beliau terkejut apabila semasa menyerbu, mereka menjumpai nasi ayam goreng itu di tepi mangkuk tandas dan dalam mesin basuh.
Perkara ini amat mengecewakan kerana masih ada individu yang menyokong dan mengambil kesempatan untuk berniaga semasa bulan ramadan ini. Walaupun ianya tahu perkara itu haram.
Encik Suratemi Mat Yusof berkata, nasi ayam goreng di dalam mesin basuh itu masih panas. Apa yang paling menjijikkan adalah di dalam mesin basuh itu juga ada pakaian kotor seperti stoking.
Operasi ini dilakukan kerana mendapat aduan awam di sekitar itu mengatakan rumah wanita ini yang menjadi sarang kepada ‘geng plastik hitam’.
Di video bahagian pertama pula, di dalam bilik tidur wanita terbabit sorokkan air teo ais dalam satu bekas yang besar. Jadi, wajarlah ramai rupanya individu yang tidak berpuasa membeli daripadanya.
Mungkin sudah lama atau bertahun-tahun beliau beroperasi kerana beliau memasak dengan kuantiti yang banyak.
Syabas diucapkan kepada Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok kerana berjaya memberkas sindiket kepada geng plastik hitam ini.
@abemadmza83 Part. 1. edisi tea o beng mutuh bekal kerana hak jong jual tumpas. #pelastik #bachok #kelantan #teaobeng #geng
@abemadzainudin83 Part. 1. edisi tea o beng mutuh bekal kerana hak jong jual tumpas. #pelastik #bachok #kelantan #teaobeng #geng ♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff
Di video bahagian kedua pula, Encik Suratemi Mat Yusof menunjukkan keadaan tandas yang menjadi tempat sorok 20 bungkus nasi ayam goreng itu.
@abemadmza83 Part.2 ni bahagian sorok makanan dalam tandas pula. Nasi yg dijual khas kepada puak2 yak yak yea. Ttala habis sep dia hati ni. #geng #kelantan #bachok #nasi #ayamgoreng #tandas #jambe
@abemadzainudin83 Part.2 ni bahagian sorok makanan dalam tandas pula. Nasi yg dijual khas kepada puak2 yak yak yea. Ttala habis sep dia hati ni. #geng #kelantan #bachok #nasi #ayamgoreng #tandas #jambe ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Meninjau di ruangan komen, netizen mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Agama Bachok dan juga tidak menyokong peniaga itu dan individu yang tidak berpuasa.
Dikatakan wanita terbabit diberikan perkhidmatan kaunseling supaya menyedari tindakan beliau itu menyalahi di sisi undang-undang dan haram di sisi agama.
Syabas Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok tindakan pihak mereka dan wajar diteruskan supaya puak geng plastik hitam ini dapat dibendung.
Kredit: abemadzainudin83