Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Para Wanita Sibuk Kerja Tapi Tetap Nak Masak? Ini Masakan Simple Resipi Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Para Wanita Sibuk Kerja Tapi Tetap Nak Masak? Ini Masakan Simple Resipi Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Kategori: ,,

Para wanita dan ibu ramai yang bekerja sekarang dan ada yang tidak sempat untuk memasak untuk berbuka puasa. Tapi, tetap juga ingin memasak kerana ingin anak-anak dan suami merasa juga air tangan beliau.

Jadi, ini adalah idea resipe untuk makanan simple dan ringkas sahaja. Resipi Ikan Siakap Kukus Chinese Style sesuai untuk anda yang inginkan masakan yang ringkas.

Para Wanita Sibuk Kerja Tapi Tetap Nak Masak? Ini Masakan Simple Resipi Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Resipi Ikan Siakap Kukus Chinese Style ini dikongsikan oleh AtieJumaat dan dikongsikan semula oleh Facebook Page Resepi Dapur Opah.

Bahan-Bahan Perapan Ikan Siakap:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Halia 3 inci (dimayang halus)
  • Lada merah (dihiris mancis)
  • Daun bawang (dihiris mancis)
  • Daun sup (dihiris kasar)
  • Minyak bawang putih 4 sudu besar

Bahan-Bahan Untuk Sos:

  • Soya sause 2 sudu besar
  • Kicap pekat manis 1 sudu besar
  • Minyak bijan 2 sudu besar
  • Gula perang 1 sudu besar
  • Cili padi 1 biji (dihiris halus)

Cara Penyediaannya:

  1. Cuci ikan dan kelarkan badan ikan. Kemudian, letakkan di atas pinggan dan selit-selitkan halia. Kukus ikan siakap sampai masak.
  2. Panaskan minyak sebanyak 2 sudu besar. Selepas itu,  goreng bawang putih yang telah dicincang sampai kekuningan. Angkat letak di tepi dahulu.
  3. Kemudian, masukkan kesemua bahan sos dan letakkan air 1/2 cawan. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah apa-apa serbuk perisa mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kemudian curahkan kuah sos ke atas ikan dan taburkan minyak bawang putih dengan bawang- bawang sekali
  5. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang, halia dan lada merah

Ini kalau anak-anak dan suami makan, mesti mereka nak tambah lagi sebab ikan siakap kukus chinese style ini rasanya sangat segar. Selamat Mencuba!

Kredit: AtieJumaat

Baca Juga: Ini Resepi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati

tags: | | |