Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Belacan Power Bonda Guna Lesung Batu, Resipi Ini Tidak Sesuai Untuk Netizen Yang Ada Masalah Resdung

Sambal Belacan Power Bonda Guna Lesung Batu, Resipi Ini Tidak Sesuai Untuk Netizen Yang Ada Masalah Resdung

Kategori: ,
Sambal belacan power

Sambal belacan power adalah salah satu hidangan kegemaran untuk rakyat Malaysia. Namun, sesetengah orang yang menghidapi masalah resdung, tidak dapat menikmati kenikmatan dunia ini. Belacan yang membuatkan kulit rasa gatal-gatal apabila memakannya.

Jadi, ini resipi sambal belacan power bonda yang anda boleh buat makan bersama nasi kosong dan ayam goreng sahaja.

Sambal Belacan Power Bonda Guna Lesung Batu, Resipi Ini Tidak Sesuai Untuk Netizen Yang Ada Masalah Resdung

Resipi Sambal Belacan Power Bonda ini dikongsikan oleh Aufa Luthfi dan dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

sambal belacan power

Bahan-Bahan:

  • Cili Besar
  • Cili Padi
  • Garam
  • Belacan
  • Air perahan asam jawa

sambal belacan power

Cara Penyediaannya:

  1. Letakkan cili besar, cili padi, garam dan belacan ke dalam satu pinggan.
  2. Kemudian, gunakan lesung batu dan letakkan ke semua bahan di dalamnya dan tumbuk sehingga lumat.
  3. Kemudian, masukkan air perahan asam jawa.
  4. Selepas itu gaulkan dan letakkan di dalam bekas untuk senang diambil.

Nota: Semasa menggunakan lesung batu, pastikan letak kain di bawah lesung batu supaya tidak bunyi bising. Terutama untuk yang tinggal di rumah yang bertingkat.

sambal belacan power

sambal belacan power

sambal belacan power    sambal belacan powerSedap betul kalau sambal belacan power bonda ini dimakan bersama nasi kosong panas-panas lagi dan ayam goreng. Selamat Mencuba!

Kredit: Aufa Luthfi

Baca Juga: Sambal Belacan Siam Yang Sedap! Resepi Keluarga Tiap Kali Kenduri, Wanita Ini Kongsi Resepinya

tags: | | |