Sayur keladi ini boleh di jadikan sebagai sayur-sayuran yang boleh dimakan bersama nasi dan lauk-lauk yang lain. Tapi kalau tak dimasak dengan cara yang betul, kemungkinan akan menyebabkan gatal-gatal yang dasyat.
Wanita ini kongsi tips masak sayur keladi supaya tak jadi gatal berdasarkan pengalaman beliau bertanyakan seorang mak cik di pasar.
Tips masak sayur keladi ini dikongsikan oleh Kakak Jual Tujuh Laksa di Facebook beliau. Baru-baru ini ada berita viral di mana seorang wanita ini membeli sayur keladi kerana mengidam untuk memakan sayur itu.
Namun, ada benda parah terjadi apabila sayur keladi itu selepas dimakan. Mulut hingga ke bawah pembuangan beliau. Jadi, belia berikan beberapa tips untuk masak sayur keladi dengan betul.
Petua yang beliau dapat ini beliau dapat semasa tahun pertama beliau berniaga Nasi Ulam dan Sayur Keladi Asam Pedas Utara. Ketika itu beliau pergi ke pasar dan ada seorang mak cik ini memberi tips masak sayur keladi kepadanya.
Beliau mengatakan, cara ini sahaja gunakan untuk masak sayur keladi supaya jadi tidak gatal selepas memasak. Selain itu, beliau akan rasa kuah dan ambil keladi yang kecil untuk gigit dan rasa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mak cik itu kerana memberi tips kepada beliau untuk memudahkan beliau memasak dan menjual kepada pelanggan.
Selamat Mencuba!
Kredit: Kakak Jual Tujuh Laksa