Masakan kurma ini adalah makanan india antara yang paling popular. Walaupun namanya kurma, tapi tidak bermaksud menggunakan buah kurma yang selalu ada di bulan ramadan.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa, masakan kurma ini boleh gunakan telur sahaja untuk gantikan ayam atau daging lembu. Ini adalah resipi kurma masak telur yang boleh buat poket duit anda jimat!
Resipi Kurma Masak Telur, Bukan Biasa-Biasa Boleh Gantikan Ayam Atau Daging. Boleh Jimat Duit!
Resipi Kurma Masak Telur ini dikongsikan oleh Mariana Zainal dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resipi.
Bahan-Bahan:
- 10 biji telur
- 4-5 biji kentang (potong ikut kesesuaian)
- 3 cawan santan
- 10 biji padi hijau (jangan buang tangkai)
- 2 biji cili merah (dipotong serong)
- 2 1/2 senduk minyak masak
- 3-4 biji bunga lawang
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 5 ulas bawang putih(dihiris)
- Halia besar ibu jari (dihiris)
Bahan-Bahan Paste:
- 3 paket kecil rempah kurma
- 1 sudu besar garam
- 1/2 sudu teh ajinamoto
- 1 keping asam keping
- 3 tangkai daun kari
- 1 cawan air
Cara Penyediaannya:
- Telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit telur dan goreng dengan sekejap sahaja. Toskan sekejap.
- Kacau semua kesemua bahan-bahan paste sehingga menjadi paste.
- Panaskan minyak masak dan tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan pes kurma tumis hingga betul-betul naik minyak.
- Masukkan kentang dan gaul sebati. Apabila kentang dah mula lembut, masukkan santan
- Apabila sudah menggelegak, masukkan telur, cili padi hijau dan cili merah
- Dah nampak pekat, rasakan hingga secukup rasa.
Jimat pula bila memasak Kurma Masak Telur ini, boleh ubah citarasa sekali sekala. Boleh cuba memasak untuk suami dan anak-anak anda.
Selamat Mencuba!
Kredit: Mariana Zainal
Baca Juga: Resepi Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Bahulu Berlauk Inti Kurma Daging. Hidangan Unik & Sedap!