Jika di kampung, silaturahim di antara penduduk sememangnya erat dan majmuk. Hubungan dan silaturahim mereka biasanya seperti keluarga dan adik beradik.
Hal ini dapat dilihat lebih-lebih lagi apabila tiba bulan Ramadan dan musim perayaan. Boleh dilihat mereka bersama-sama membahagi dan bertukar makanan di antara satu sama lain sesama jiran tetangga.
Seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, sebuah perkampungan di Jalan Felda Bukit Kuantan, Pahang mendapat perhatian apabila jiran-jiran bersatu untuk berbuka puasa beramai-ramai dengan iftar sekampung.
Yang lebih menarik, mereka berbuka puasa di atas jalan raya bersama satu blok Felda di sana dan mereka duduk bersila menjamu selera.
“Alhamdulillah iftar dengan keluarga blok 6/2. Dikelilingi dan dikurniakan jiran yang baik adalah salah satu rezeki”, tulis pemilik video yang bernama Masrina Mansur.
Video mereka tular sehingga mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan netizen yang melihatnya. Ada di antara netizen yang melulu mengecam bahawa tindakan mereka menganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.
Tetapi hal yang sebenarnya, mereka sudah mendapat kata sepakat jiran-jiran lain dan jalan yang digunakan merupakan jalan mati dan lorong yang terakhir di sana. Jadi, sememangnya tiada kereta yang lalu dan kawasan lalu lintas memang tidak diganggu.
Dalam masa yang sama, ramai netizen yang memuji kemuafakatan orang kampung Felda Buki Kuantan yang mengimarahkan bulan Ramadan dengan makan bersama-sama.
Dengan hal itu, silaturahim dan hubungan antara jiran dapat dikekalkan dan lebih erat. P{erkara itu adalah anjuran agama yang sememangnya perlu dititikberat oleh sesebuah kawasan perjiranan.
@anok_mekabah Alhamdulillah.. Iftar with families blok 6/2 🤍 #kampungvibes
@anok_mekabah Alhamdulillah.. Iftar with families blok 6/2 🤍 #kampungvibes ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
“Alhamdulillah syukur, muafakat membawa berkat,” komen netizen dengan nama Pak Alang.
“Sumpah best gila kalau iftar dengan big family macam ni”, komen netizen lain di video iftar sekampung atas jalan raya itu.
“Dekat Felda macam ni lah. Time nak berbuka takda dah orang luar masuk kampung. So boleh lah makan-makan macam ni. Taapi ikut orang block jugak. Dapat yang sporting satu lorong boleh jadi family tau”, komen netizen berkenaan video tular iftar sekampung.
Melihat kepada kemuafakatan mereka, semoga hubungan yang dijalinkan sentiasa erat dan bahagia. Memang seronok tengok suasana kampung macam ni kan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Sumber: Masrina Mansur
Baca juga: Pemain Bola Pura-Pura Cedera Demi Bantu Rakan Sepasukan Berbuka Puasa