Hidangan raya legend ini paling simple dibuat kerana tanpa perlu guna oven dan mixer. Memang mudah sangat! Memang wajib ada setiap kali Aidilfitri. Cara membuatnya sangat mudah, semua orang boleh buat. Jom cuba resipi agar-agar kering ni, raya pun tak lama dah.
Resipi Agar-Agar Kering Manisan Popular Masa Hari Raya, Tips Penyediaan Tanpa Guna Oven & Mixer
Bahan-Bahan:
- 60 gram agar-agar tali
- 120 gram gula batu
- 1200 gram gula putih
- 1500 ml air
- pewarna
Cara Penyediaan:
- Basuh agar-agar dan masak dengan air dalam periuk hingga agar-agar larut.
- Masukkan gula batu, masak lagi hingga larut dan mendidih tapi jangan sampai meruap.
- Setelah mendidih, tutup api dan masukkan campuran dalam bekas.
- Masukkan pewarna yang disukai.
- Setelah sejuk dan beku boleh lah dipotong-potong, letak atas dulang yang dialas dengan plastik dan jemur hingga kering.
Tips Penyediaan:
- Pewarna kasi taruh lebih sikit. Sebab bila dah kering warna akan sedikit pudar.
- Balikkan agar-agar supaya cepat kering.
- Semasa agar-agar masih lagi basah seeloknya bila nak jemur tutup dengan plastik lut sinar.
- Ini untuk elakkan habuk, serangga dari melekat pada agar-agar.
- Kalau dah separa kerring bolehlah jemur tanpa tutup plastik.
- Kalau cuaca baik 3 ke 4 hari jemur dah kering.
Selamat mencuba agar-agar kering manisan popular masa raya ni. Senang kan nak buat. Buat je banyak-banyak dan isikkan dalam balang.
Semoga perkongsian agar-agar kering ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.
Baca juga: Hilang Haus Tekak – Ini Resipi Vanilla Blue With Ice Cream Disukai Ramai, Rasa Berlemak & Berkrim Memang Bagi Kelainan Rasa