Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Sedap Buat Kordial Sirap Pandan, Tinggal Tambah Air & Ais Je Dah Settle Terus Boleh Hidang!

Cara Paling Sedap Buat Kordial Sirap Pandan, Tinggal Tambah Air & Ais Je Dah Settle Terus Boleh Hidang!

Kategori: ,
Kordial Sirap Pandan

Apabila tiba sahaja hari raya, pasti ada ketika kita sangat sibuk melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kan. Ada yang tercari-cari cara yang mudah untuk kurangkan kesibukan kita di dapur.

Bagi korang yang ingin mudahkan kerja penyediaan minuman kepada tetamu, bolehlah ikut perkongsian ini.

Perkongsian Kordial Sirap Pandan yang enak daripada Rozmaliza Omar ini akan memudahkan anda untuk menyediakan minuman kepada tetamu.

Selain sedap, baunya juga wangi dan enak untuk diminum. Tetamu pasti suka.

Cara Paling Sedap Buat Kordial Sirap Pandan, Tinggal Tambah Air & Ais Je Dah Settle Terus Boleh Hidang!

Bahan-Bahan:

  • 1 kilogram gula
  • 10 helai daun pandan
  • sirap merah jenama Lion Brand/Tamim
  • 1/2 penutup botol perisa pisang
  • 1 penutup botol esen rose
  • air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan gula ke dalam periuk. Letak air biar tinggi sikit dari paras gula. Daun pandan dikoyak-koyak dan simpul masukkan ke dalam air gula tadi.
  2. Masak sampai air gula mendidih. Kemudian masukkan sirap merah dan 2 jenis perisa.
  3. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Sejukkan sebelum tuangkan dalam botol untuk disimpan.
  5. Sedia untuk dihidang. Tinggal tambah air dan ais sahaja nanti.

Kordial Sirap Pandan Kordial Sirap Pandan Kordial Sirap Pandan

Wah! Dah siap Kordial Sirap Pandan kita. Sememangnya masa masak Kordial Sirap Pandan ni satu rumah bau wangi tau. Amat best dan memang memudahkan anda.

Semoga perkongsian Kordial Sirap Pandan ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Jom Usha Resipi Air Sedap Yang Wajib Dicuba Untuk Raikan Bulan Ramadan, Buat Cara Ni Barulah Sedap

tags: | |