Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Sira Pisang Kelantan, Pembuka Selera Semasa Bulan Ramadan

Ini Resipi Sira Pisang Kelantan, Pembuka Selera Semasa Bulan Ramadan

Kategori: ,
Sira Pisang Kelantan

Menu Sira Pisang Kelantan merupakan salah satu manisan atau pencuci mulut. Paling popur di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Mana tak popular kalau rasanya memang sedap dan mudah sahaja nak memasaknya.

Bila tiba je bulan Ramadan, Sira Pisang Kelantan ni pasti akan menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya. Ia boleh dilihat apabila hidangan ini banyak dijual di bazar Ramadan di setiap negeri, bukan sahaja negeri Pantai Timur.

Jom ikuti perkongsian Bahiah Saripuddin ini dan boleh buat di rumah.

Ini Resipi Sira Pisang Kelantan, Pembuka Selera Semasa Bulan Ramadan

Bahan-Bahan:

  • 10 biji pisang – ikut selera
  • 1/2 cawan gula
  • secubit garam
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 3-4 biji bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • 300 ml air – boleh agak sendiri

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, masukkan air dan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Biar gula larut dulu. Sira Pisang Kelantan
  2. Baru tambahkan garam. Sira Pisang Kelantan
  3. Letak la pewarna pilihan. Sira Pisang Kelantan
  4. Pisang ni potong suka hati. Nak belah dua ke, nak potong dua ke. Ini potong dua saja. Sira Pisang Kelantan
  5. Masukkan pisang dalam air yang dah sebati. Kacau atau usik sedikit saja. Sira Pisang Kelantan
  6. Biarkan masak selama 5 minit. Kemudian tutup api. Sira Pisang Kelantan
  7. Taraaa dah siap! Boleh ikut selera nak kuah banyak atau sebaliknya. Sira Pisang Kelantan

Dah siap! Sedap dimakan sebagai pencuci mulut ketika berbuka ataupun moreh. Bolehlah buat di rumah ya. Selamat mencuba dan menikmati, semuanya.

Sumber: Puan Bahiah Saripuddin

Baca juga: Cara Paling Sedap Buat Kordial Sirap Pandan, Tinggal Tambah Air & Ais Je Dah Settle Terus Boleh Hidang!

tags: | |