Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Buat Tart Blueberry Yang Cantik Warnanya, Tekstur Pun Lembut Nak Makan

Wanita Ini Kongsi Buat Tart Blueberry Yang Cantik Warnanya, Tekstur Pun Lembut Nak Makan

Kategori: ,
Tart Bluebery

Kuih atau biskut tart sememangnya popular ketika di hari raya. Dengan pelbagai isi tart yang sedap dan enak, ia sedap dimakan apabila tart cair di dalam mulut.

Biasanya, yang paling popular adalah tart nenas. Tetapi kali ini, kami ingin kongsikan resipi dan cara penyediaan Tart Blueberry yang indah teksturnya.

Wanita Ini Kongsi Buat Tart Blueberry Yang Cantik Warnanya, Tekstur Pun Lembut Nak Makan

Bahan-Bahan A:

  • 250 gram buttercup
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 cawan windmill gheeblend
  • 2 sudu perisa blueberry
  • violet (nani’s) seperti gambar di bawah
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 cawan susu pekat (boleh kurangkan jika tak nak manis)Tart Bluebery

Bahan-Bahan B:

  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1/4 susu tepung
  • 4 cawan tepung gandum

Bahan-Bahan C:

  • Inti blueberry secukupnya (bulatkan)
  • flavoured jam blueberry untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula campur semua bahan A dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung dan kastard.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampailah jadi doh yang lembut.
  4. Letak inti, dan boleh gulung kemas dan susun ke atas tray.
  5. Rehatkan dulu selama 10 minit, kemudian bakar pada suhu 170 selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Selamat mencuba!Tart Bluebery Tart Bluebery Tart Bluebery Tart Bluebery

Haaa senang kan nak buat Tart Blueberry yang sedap dan lembut kejadiannya. Kalau ikut langkah ni, memang cantik hasil tekstur biskut. Rapuh digigit dan cair dalam mulut.

Boleh letak dalam balang dan hidang masa raya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Jaylana Sufisofia

Baca juga: Resepi Kek Susu Mudah, Guna ‘Tepung Ajaib’ Ini Terus Jadi! Sekejap Je Dah Siap

tags: | |