Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kuih Koci Moden Buat Pemanis Mulut Yang Enak & Unik, Ini Cara Buat Paling Mudah

Resipi Kuih Koci Moden Buat Pemanis Mulut Yang Enak & Unik, Ini Cara Buat Paling Mudah

Kategori: ,
Kuih Koci Moden

Jom buat Kuih Koci Moden! Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai pelbagai inti di dalamnya.

Misalnya, inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya menjadi inti yang paling popular untuk kuih koci ini.

Ia kemudian disalut dengan dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Jom ikuti resipi Kuih Koci Moden oleh Rose Aien Ramli ini bersama.

Resipi Kuih Koci Moden Buat Pemanis Mulut Yang Enak & Unik, Ini Cara Buat Paling MudahKuih Koci Moden

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan Inti:

  • 1 cawan kelapa parut
  • 4 sudu palm sugar
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • masak semua last sekali baru letak tepung

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan Santan:

  • 500 ml santan & air – guna jenama santan Kara
  • secubit garam
  • 1 sudu besar tepung beras
  • masak sehingga pekat dengan api kecil
  • sangai 2 sudu bijan untuk hiasanKuih Koci Moden Kuih Koci Moden Kuih Koci Moden Kuih Koci Moden

Siap! Bolehlah hidangkan pemanis mulut Kuih Koci Moden ini kepada tetamu. Senang kan cara penyediaannya? Memang sayang nak makan sebab cantik sangat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Rose Aien Ramli

Baca juga: Kek Veteran Zaman Dulu, Ini Resipi Kek Minyak Sunquick Kukus Yang Sedap & Gebu. Buatlah Cara Ini!

tags: |