Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Panggil Ayah, Telur Ayam Nak Menetas!” – Sakat Paksu Terhadap Anak Saudara, Bukan Ayam Keluar Tapi Benda Lain…

“Panggil Ayah, Telur Ayam Nak Menetas!” – Sakat Paksu Terhadap Anak Saudara, Bukan Ayam Keluar Tapi Benda Lain…

Kategori:
telur ayam nak menetas

Banyak kenangan sepanjang hari raya apabila semua adik-beradik, saudara mara dan ramai lagi pulang ke kampung. Suasana menjadi meriah dan banyak boleh dicipta memori bersama kerana jarang sekali untuk berkumpul ramai seperti itu.

Tambah-tambah pula anda anak bongsu di sebuah keluarga yang besar, mesti anak-anak kecil suka bermain dengan anda. Contohnya seperti lelaki ini, sakat anak saudaranya bahawa telur ayam nak menetas sedangkan sebaliknya. Ada sahaja helah atau sakat yang akan diberikan kepada mereka.

“Panggil Ayah, Telur Ayam Nak Menetas!” – Sakat Paksu Terhadap Anak Saudara, Bukan Ayam Keluar Tapi Benda Lain…

Gelagat sakat menyakat ini dikongsikan oleh baidoinggood dan mendapat perhatian netizen kerana perangai anak bongsu semua begitu. Ada sahaja cerita atau sakat yang akan kenakan kepada anak saudara mereka.

Beliau menyakat anak saudara perempuannya dengan mengatakan bahawa telur ayam nak menetas dan suruh memanggil ayahnya untuk melihat sendiri.

telur ayam nak menetas

“Ayah tengok, anak ayam mau menetas!”, laju sahaja anak saudara memanggil ayahnya dengan menunjukkan reaksi tidak sabar.

Tapi, pak saudaranya ada helah lain untuk mengusik anak saudaranya.

telur ayam nak menetas

Rupanya hanyalah satu jari yang cuba gerakkan dan pecahkan kulit telur ayam tersebut. Anak saudara perempuannya hanya mampu gelak kerana beliau baru sahaja ingin lihat anak ayam menetas.

Apa yang lagi kelakar dalam video ini adalah apabila paksunya menyebut perkataan “prank” dengan “print” dan netizen terhibur dengan ayatnya itu.

Si Kakak Sudah Semangat Panggil Si Ayah Itu

Menerusi di ruangan komen, netizen terhibur dengan helah dan usik mengusik beliau kerana semua perangai anak bongsu seperti itu.

telur ayam nak menetas telur ayam nak menetas telur ayam nak menetas telur ayam nak menetas

Ramai sudah tahu bahawa jari yang akan keluar, namun mereka tidak menyangka bahawa ayat “kena print” pula yang keluar secara tiba-tiba.

Kredit: baidoinggood

Baca Juga: Chef Ini Kongsi Resipi Telur Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Padu, Ini Petua Untuk Telur Jadi Cantik & Tak Berderai! 

tags: | |