Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sempat La Merasa Terbang Kejap” – Khemah Kedai Makan Terangkat Akibat Angin Kuat Hingga Terangkat Sekali Abang Pegang Khemah

“Sempat La Merasa Terbang Kejap” – Khemah Kedai Makan Terangkat Akibat Angin Kuat Hingga Terangkat Sekali Abang Pegang Khemah

Kategori:

Agak merisaukan apabila musim di Malaysia ini sangat tidak menentu kerana kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Sampaikan ada kanak-kanak yang meninggal dunia kerana terkena strok haba kerana suhu di Malaysia mencapai tahap 37 celcius.

Tapi lain pula dengan video yang dikongsikan ini di TikTok, apabila seorang lelaki cuba menahan sebuah khemah di kedai makan. Tapi dek angin kuat, sampai terangkat sekali beliau dengan khemah tersebut.

“Sempat La Merasa Terbang Kejap” – Khemah Kedai Makan Terangkat Akibat Angin Kuat Hingga Terangkat Sekali Abang Pegang Khemah

Gelagat kelakar ini dikongsikan oleh burunghantu034 di laman media sosial beliau, TikTok dan menunjukkan aksi seorang lelaki cuba menahan khemah kedai makan itu.

Angin yang sangat kuat hinggakan beliau terangkat sekali dengan khemah.

Kalau dilihatkan, dua orang lelaki yang berpegang di tiang khemah itu tapi masih juga terangkat sekali. Menunjukkan bahawa angin yang sangat kuat melanda di Kuala Lumpur.

Tapi apa yang melucukan adalah netizen memberi komen bahawa, sempat juga dua lelaki ini merasa bagaimana rasanya terbang.

https://www.tiktok.com/@burunghantu034/video/7226327628158881050?_r=1&_t=8bt6bPyHR15&social_sharing=v1

@burunghantu034♬ suara asli – burung 🐦

Apa Perasaan Anda Ketika Boleh Terbang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan gelak kerana boleh pula mereka terangkat sekali dengan khemah itu.

angin kuat angin kuat angin kuat angin kuat

Diharap anda semua jaga diri sepanjang bulan syawal ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Hati-hati berkunjung di rumah terbuka kerana jalan-raya juga ramai pemandu yang tergopoh untuk kesana kesini.

Kredit: burunghantu034

Baca Juga: Tengah Sedap Makan Mee Tarik Pasar Seni, Tiba-Tiba Khemah Kena Alih Dengan Pekerja. Ini Kisahnya..

tags: | |