Biasanya, jika kita membeli ketupat frozen di kedai, peniaga akan memasak ketupat bersama dengan santan dan barulah dimasukkan ke dalam daun palas.
Pelanggan hanya perlu mengukus ketupat dan siap untuk dimakan.
Tetapi lain pula dengan kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok apabila dia membeli ketupat santan frozen yang hanya berisi beras pulut semata-mata tanpa dimasak.
Dengan niat hati membeli ketupat santan daun palas untuk makan di Hari Raya, pelanggan terbabit kecewa dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan tidak cakna dengan bahan yang dijual mereka.
Melalui video berkenaan, kelihatan dia merelaikan beras pulut yang masih mentah dengan daun palas yang dibeli terbabit. Disangka ketupat itu adalah ketupat santan frozen, tetapi apa yang diperolehnya hanyalah ketupat daun palas yang berisi beras pulut tanpa dimasak terlebih dahulu dengan santan.
“Ketupat santan pakai niat…”, kata pengguna TikTok berkenaan yang bernama Mizie.
@abahmiji Ketupat santan pakai niat.. seropa anak haram jadah
@abahmijiKetupat santan pakai niat.. seropa anak haram jadah♬ original sound – mizie1763
Menerusi perkongsian berkenaan, rata-rata netizen ada yang silap faham berkenaan ketupat frozen yang dimaksudkan. Ada yang menyuruh pelanggan terbabit merebus atau mengukus terlebih dahulu tetapi hakikatnya, ketupat frozen perlu direbus bersama santan barulah boleh dikukus.
“Lah rebus dulu bang, tu separuh masak. Tapi bila rebus elok je,” kata netizen yang tersilap faham.
“Saya penjual ketupat frozen. Sepatutnya pulut tu kena masak dengan santan siap-siap baru masuk dalam daun. Baru difrozenkan. Customers balik tinggal kukus atau rebus je,” jelas seorang netizen yang ada pengalaman menjual ketupat memberi info.
Dengan kisah yang dikongsikan oleh pelanggan terbabit, mungkin boleh memberi pengajaran kepada peniaga di luar sana agar ikhlas dan lebih berhati-hati menjual ketupat frozen.
Semoga urusan peniaga dan pembeli dipermudahkan.
Sumber: abahmiji