Selain roti canai, hidangan Nasi Lemak menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin bersarapan dengan kadar yang berat dan mengenyangkan.
Nasi Lemak di Malaysia terkenal dengan aneka sambal yang sedap rasanya dengan pelbagai lauk unik seperti kerang, paru dan sebagainya.
Seperti peniaga Nasi Lemak Akka yang tular baru-baru ini, dia mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar nasi lemak dengan perkara yang tidak dijangkanya.
Pelanggan Nasi Lemak Akka sanggup beratur dengan panjang dan menunggu giliran masing-masing untuk menikmati Nasi Lemak mereka.
Bertempat di hadapan Hong Leong Bank Puncak Jalil, mereka menjual Nasi Lemak dengan pelbagi lauk yang menarik perhatian seperti telur puyuh dan sambal petai pada setiap hari daripada jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari.
Melihat kepada video yang tular berkenaan, deretan barisan memang tidak tercapai dek akal. Rata-rata pelanggan yang pernah mencuba menyatakan Nasi Lemak Akka sememangnya sedap hingga menjilat jari.
@sugendran28 @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan #fyp 🔥🔥
@sugendran28 @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan #fyp ♬ original sound – UNICORNEDITZ28
Melihat ruangan komen, ada netizen yang menceritakan pengalam membeli di sini dan menyatakan peniaga tersebut sememangnya baik hati. Mungkin, disebabkan itu jugalah rezekinya mencurah-curah.
“Terbaik akak, semoga murah rezeki akak dan bertambah baik. Suka tengok video akak. Orang beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Lemak. Terbaik akak!”, kata netizen dengan nama Mad Ayan.
“Rezeki melimpah, sedap dan baik orangnya,” tulis Ali berkenaan Nasi Lemak Akka berkenaan.
Semoga rezekinya sentiasa melimpah ruah dan Nasi Lemak Akka sentiasa berkongsi rezeki dengan semua. Teruskan kesedapan dan selamat maju jaya.
Sumber: sugendran28
Baca juga: Pelanggan Kesal Beli Ketupat Santan Frozen Untuk Raya, Tak Sangka Peniaga Jual Macam Ni..