Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Acar Limau Terus Kena Dengan Tekak Anda, Rasa Syahdu & Dapat Pikat Hati Mertua

Resipi Acar Limau Terus Kena Dengan Tekak Anda, Rasa Syahdu & Dapat Pikat Hati Mertua

Kategori: ,

Susah sekarang nak cari resipi yang betul kena dengan tekak kita. Apatah lagi makanan kegemaran kita sendiri yang kita cuba buat sendiri.

Jadi ini adalah resipi Acar Limau yang penuh syahdu dan juga dapat memikat hati mertua. Mungkin anda juga boleh jual dan letak di kedai.

Resipi Acar Limau Terus Kena Dengan Tekak Anda, Rasa Syahdu & Dapat Pikat Hati Mertua

Resipi Acar Limau ini dikongsikan oleh Iman Haniey dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Acar Limau

Bahan-Bahan:

  • Limau Telur Buaya
  • Cili Kering (ikut kepedasan)
  • Halia (dimayang halus)
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Kacang Tanah (disangai buang kulit)
  • Lobak masin (didadu – rendam dalam air)
  • Buah Kurma (buang biji)
  • Jeruk Buah Pak Ali
  • Jeruk Kering
  • Kismis
  • Halwa Kundur
  • 1/2 Cawan Cuka
  • Gula Pasir
  • Garam
  • Serbuk perasa (Ajinomoto)
  • 1 Cawan Minyak (kena banyak)

Cara Penyediaanya:

  1. Rebus limau sampai hilang rasa pahit, jika nak rasa bagaimana pahitnya hilang. Rebus bersama dengan daun nagka dan senduduk.
  2. Cili kering dikisar dan tidak perlu disangai, perlu rebus seperti biasa sahaja.
  3. Panaskan periuk dengan masukkan minyak.
  4. Masukkan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perlu dilakukan dengan lama, baru acar itu tahan lama.
  5. Kemudian masukkan gula dan gula haruslah banyak supaya acar kilat berkaca.
  6. Masukkan kurma terlebih dahulu supaya untuk jadi kembang dan kuah pekat.
  7. Bawang halia tadi disejat supaya menjadi kering
  8. Baru masukkan ikutan dengan lobak masin dengan meramas sedikit supaya dapat buang masinnya. Sejat terlebih dahulu baru masukkan semua jeruk kismis dan kacang.
  9. Kacau halwa kundur sampai sebati, dan masukkan garam dan ajinamoto. Masukkan limau dengan kacau perlahan dengan api yang perlahan sampai kuah sedikit pekat.
  10. Tambah apa-apa untuk kena dengan tekak anda.

Acar Limau

Acar limau rasanya sangat masam manis semuanya ada, terus kecur air liur bila rasanya ada di mulut. Jadi tunggu apa lagi?

Selamat Mencuba!

Kredit: Iman Haniey

Baca Juga: Resepi Acar Buah Masam Manis, Buat Niaga Pun boleh Laku Keras!

tags: | |