Negara Malaysia ini mempunyai 14 Negeri dan semestinya lah setiap negeri akan mempunyai budaya mereka sendiri. Keunikan setiap negeri itu melambangkan negeri mereka dan dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri mereka.
Ramai orang terkejut apabila orang utara makan bihun goreng + kuah laksa kerana ianya sangat unik dan buat netizen ingin mencuba.
Cara makan ini dikongsikan oleh dik_wan96 di media sosial video TikTok. Ia mengejutkan netizen kerana tidak pernah dengar pula cara orang utara makan bihun goreng + kuah laksa.
Ini membuatkan netizen untuk cuba merasa sendiri keunikannya tapi ada juga takut untuk rasa kerana takut tidak kena tekak masing-masing.
Waktu itu, lelaki itu tunjukkan cara makan bihun goreng itu dengan meletakkan kuah laksa di atas bihun itu. Kuah laksa tersebut dijadikan sebagai kuah dan makan bihun goreng itu seperti ‘mee sup’.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, tiba-tiba netizen rasa kecur air liur dan ingin mencuba bihun goreng + kuah laksa.
Agak-agak, macam mana rasa bihun goreng ini? Adakah kena dengan tekak kita yang bukan dari utara atau lagi membuatkan kita untuk tambah?
Tak cuba, belum tahu.
@dik_wan96 Sapa favourite bihun kuah laksa Sila Hadir π
@dik_wan96Sapa favourite bihun kuah laksa Sila Hadir π
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang memberi komen adalah dari negeri-negeri utara sendiri. Mereka memberi tanda setuju bahawa rasanya sangat sedap.
Jadi tunggu apa lagi, ini lah masanya untuk anda merasai sendiri bihun goreng + kuah laksa. Confirm, anda sendiri akan tambah satu pinggan lagi.
Kredit: dik_wan96