Bila musim kenduri adalah musim paling digemari oleh rakyat Malaysia kerana waktu itulah pelbagai makanan yang anda. Selain itu juga, dapat bertemu dengan rakan-rakan lama semasa kenduri dan merapatkan lagi dengan sanak-saudara.
Orang kampung juga memainkan peranan penting jika ada kenduri di kampung kerana mereka turun padang untuk memasak dan mengemas. Sifat satu padu antara penduduk itulah yang memeriahkan lagi majlis kenduri tersebut.
Tular baru-baru ini sebuah video di mana sekumpulan orang kampung sedang sapu pinggan kenduri menggunakan debu tanah. Video tersebut dikongsikan oleh Hanif Wafi di TikTok dan mencecah 1 juta tontonan daripada penonton di TikTok.
Ramai warganet terkejut kerana risau jika pinggan tersebut kotor kerana takut debu tanah tersebut kotor.
Rupanya ramai yang tidak tahu bahawa ‘hack’ ini sudah lama digunakan oleh masyarakat kampung setiap kali kenduri. Sudah semestinya apabila menggunakan pinggan plastik, susah untuk hilangkan minyak di pinggan tersebut.
Ia menyukarkan tukang basuh pinggan. Jadi, ini adalah taktik untuk hilangkan minyak di pinggan plastik tersebut.
Selepas pinggan plastik itu disapu dengan debu tanah, ia akan dibilas dengan air dan sabun pula untuk hilangkan debu tanah tersebut.
Jangan risau, ini akan bersih sempurna kerana tidak akan terlekat di pinggan makan tersebut.
@hanifwafi_ Kenduri kendara rewang style, This is Gerik boss hehe.
@hanifwafi_Kenduri kendara rewang style, This is Gerik boss hehe.♬ original sound – Hanif wafi
Menerusi di ruangan komen, ramai rupanya warganet tidak tahu cara ini sudah lama digunakan oleh orang kampung ketika kenduri.
Jadi jangan risau, cara ini adalah mudahkan kerja anda dan tidak perlu fikir cara yang susah untuk hilangkan minyak itu.
Ada juga di ruangan komen mengatakan bahawa sesuai digunakan semasa berkelah di tepi sungai, terus pinggannya bersih.
Jadi, anda boleh gunakan ‘life hack’ ini jika memerlukan untuk digunakan.
Kredit: Hanif Wafi