Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ayah Nangis Pergi Kedai Makan Kegemaran Emak” – Sebak Lihat Ayah Tahan Rindu Hingga Menangis Teresak Rindu Akan Emak

“Ayah Nangis Pergi Kedai Makan Kegemaran Emak” – Sebak Lihat Ayah Tahan Rindu Hingga Menangis Teresak Rindu Akan Emak

Kategori:

Bila kita hidup bersama lama bersama pasangan kita, tidur bangun makan bersama. Bila sudah tiada, semestinya 90% dari hidup kita akan hilang dan buatkan kita rasa tidak berdaya lagi. Tetapi, itulah kehidupan yang harus kita hadapi kerana semua manusia akan tinggalkan dunia.

Sama seperti nasib Pak Cik ini apabila beliau rindukan arwah isterinya yang sudah meninggal dunia dan menangis apabila singgah makan di kedai makan kegemaran isterinya.

“Ayah Nangis Pergi Kedai Makan Kegemaran Emak” – Sebak Lihat Ayah Tahan Rindu Hingga Menangis Teresak Rindu Akan Emak

Anak beliau yang bernama yasmin201689 memuatnaik video ayahnya yang sedang menangis di laman media sosial TikTok beliau. Mereka berkunjung ke kedai makan kegemaran emak mereka dan ayahnya terus menangis.

Ini kerana perasaan beliau yang amat rindukan isterinya.

kedai makan kegemaran

Perasaan rindu itu membuak-buak apabila ia berkait dengan orang yang dirindui. Ketika itu beliau sambil makan sambil menangis dan lap pipinya.

Jika kita letakkan diri kita di situasi itu, semestinya kita sama juga dengan pak cik ini.

kedai makan kegemaran

Mungkin banyak kenangan beliau dengan arwahnya di sini namun setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Kita haruslah sentiasa redha dengan pemergian orang tersayang dan terus kuat untuk orang yang masih ada bersama kita sekarang.

@yasmin201689Kami pn rindu…😭

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Semoga Tabah Hadapi Cabaran

Pemilik video ini telah menutup ruangan komen kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, ini adalah antara reaksi dan komen daripada Instagram Page Zayan.my mengenai video pak cik ini.

kedai makan kegemaran kedai makan kegemaran kedai makan kegemaran kedai makan kegemaran

Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa menghargai ibu bapa kita yang masih ada di muka bumi ini kerana peritnya hidup tanpa mereka. Mereka adalah insan yang sentiasa ada untuk kita biarpun kita sudah tua.

Kita haruslah sentiasa redha dengan apa jua cabaran dan rintangan yang ada dalam hidup kita supaya kita lebih kuat di kemudian hari.

Kredit: yasmin201689

Baca Juga: Rindu Air Milo Lori Zaman Sekolah? Ini Resepi Lengkap Air Milo Lori, Kesedapannya Tiada Tandingan. Sebijik!

tags: | |