Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah, ‘Confirm’ Tetamu Asyik Nak Tambah Sebab Sangat Sedap!

Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah, ‘Confirm’ Tetamu Asyik Nak Tambah Sebab Sangat Sedap!

Kategori: ,

Rakyat Malaysia mesti ada sahaja idea mereka untuk inovasi makanan yang sedia ada dengan lebih kreatif. Mungkin sudah bosan dengan menu yang sedia ada, cuba buat lain dari yang lain.

Jadi ini adalah salah satu resipi inovasi yang anda boleh lakukan di rumah iaitu Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah. Sekali rasa, mesti rasa nak lagi!

Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah, ‘Confirm’ Tetamu Asyik Nak Tambah Sebab Sangat Sedap!

Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah ini dikongsikan oleh Masakan Simple Orang Bujang yang dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah

Bahan-Bahan Nasi Lemak Hijau Pandan:

  • 3 cup beras (rendam 10 minit, basuh dan toskan)
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 cawan air
  • Perisa pandan/daun pandan
  • 5 hirisan halia
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu minyak masak
  • Pewarna hijau satu penutup kecil tu

Cara Penyediaan Nasi Lemak Hijau Pandan:

  1. Basuh dahulu beras dan rendamkan selama 10 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
  2. Campur ke semua bahan dan masak menggunakan rice cooker seperti biasa.

Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah

Bahan-Bahan Sambal Tumis:

  • 3 sudu besar cili blend
  • 3 ulas bawang putih
  • Bawang merah besar hiris bulat
  • Asam keping
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Gula perang
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Tumis:

  1. Tumis bawang putih dan cili blend sampai pecah minyak, masuk asam keping, sos tomato, gula perang dan garam.
  2. Masukkan kicap manis. Dah cukup rasa tutup api.
  3. Biar 10 minit, tabur bawang bulat dan gaulkan dengan ikan bilis yang dah digoreng terlebih dahulu.

Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah

Bahan-Bahan Ayam Berempah:

  • 300g ayam, gaul kunyit siap-siap
  • Halia sebanyak mana suka
  • 1 sudu teh Jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 2 ulas bwg putih
  • ½ sudu teh garam atau ikut selera
  • Daun kari

Cara Penyediaan Ayam Berempah:

  1. Blend halia, bawang putih, garam, jintan kasar dan jintan halus. Jika ditumbuk lagi okay.
  2. Bahan blend itu dengan gaul bersama ayam, “goreng deep fry”.
  3. Bila dah siap, tabur dengan daun kari.

Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah

Sedapnya Resipi Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah ni, buat sendiri sahaja dah siap. Terus nampak macam masak untuk ramai orang walhal resipinya mudah sahaja.

Selamat Mencuba Para Wanita!

Kredit: Masakan Simple Orang Bujang

Baca Juga: Nasi Lemak Asli Pandan Mudah & Sedap, Tambat Selera Keluarga Dengan Rasa Berlemak Serta Wangi!

tags: | | |