Ulang tahun kelahiran adalah perkara yang paling bermakna hidup seseorang kerana pada waktu itulah akan ada seseorang akan mengingatinya. Walhal benda itu mungkin perkara biasa untuk orang sekeliling, tapi jika terjadi sesuatu pada hari tersebut. Boleh pecah dunia untuk birthday girl atau birthday boy.
Namun bagi wanita ini, beliau tidak kisah kerana ketika beliau sedang cuba untuk tiup lilin. Tiba-tiba sahaja datang budak perempuan yang cuba untuk ‘menolong’ tiup lilin kek beliau.
Video ini terjadi pada Negara Seberang kita iaitu di negara Indonesia. DIkongsikan oleh mbraraw dan ketika itu beliau sedang merakam detik kenangan hari lahir rakannya. Namun, ada pula kejadian pelik berlaku apabila tiba-tiba sahaja ada anak kecil yang lalu di kawasan meja makan mereka.
Waktu itu, baru sahaja kek bersama lilin sampai di meja makan yang dibawa oleh pelayan kedai itu. Pada ketika itu, dapat disaksikan bahawa seorang kanak-kanak perempuan lalu lalang di kawasan meja itu.
Ketika mereka bersama-sama menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran beliau, tiba-tiba kawannya bertanya.
“Anak siapa itu?”, tanya rakannya.
Terus budak perempuan tersebut mencuba untuk meniup lilin tersebut sambil dihalang oleh birthday girl itu.
Ketika anak kecil itu mencuba untuk meniup lilin itu, ayahnya memanggil dari belakang sambil menyebut,
“Debbie, no…no..!” kata kepada ayah budak perempuan itu.
Terus menarik beliau daripada meja makan tersebut kerana telah mengganggu moment birthday girl tersebut.
Tetapi kerana mereka kesiankan anak kecil tersebut, beliau memanggil kembali budak perempuan tersebut untuk sama-sama tiup lilin bersama.
Mungkin beliau suka akan tiup lilin kerana itulah lumrah anak kecil bahawa setiap kali ulang tahun adalah perkara yang paling gembirakan mereka.
@pirantysrs We ngakak kali anak siapa ini tiba2 ikutan tiup lilin🤣
@mbrarawWe ngakak kali anak siapa ini tiba2 ikutan tiup lilin🤣♬ original sound – Heyakusiapaaa – Pirantysrs
Di part 2, mereka menunjukkan bahawa mereka masih memberi budak perempuan tersebut untuk tiup lilin kek mereka.
@pirantysrs Terakhir tiup lilin bareng org ini we🥰
@mbrarawTerakhir tiup lilin bareng org ini we🥰
Menerusi di ruangan komen video tersebut, ramai yang tergelak kerana telatah anak tersebut sangat random dan membuatkan mereka kesian juga kepadanya.
Semoga anak kecil ini sentiasa di dalam keadaan baik dan diberikan banyak benda gembira ketika hari ulang tahunnya nanti.
Amin!
Kredit: mbraraw