Untuk ibu bapa yang mempunyai anak syurga semestinya mereka akan berasa sedih kerana mereka berfikir bagaimana masa depan anak mereka ketika mereka sudah tiada. Adakah akan ada akan menjaganya seperti ibu bapa mereka menjaga mereka?
Tak semua orang akan faham perasaan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tetapi mereka lah penyeri dalam hidup mereka. Seperti lelaki ini yang kacau adiknya dengan spray air lalu adiknya cuba kejar menggunakan hanger baju.
Telatah comel ini dikongsikan oleh azriqsh di laman media sosial beliau di TikTok. Ketika itu adiknya sedang mengisi air kosong di dalam botol dan datang abangnya cuba mengusik beliau.
Abangnya mengeluarkan spray air lalu mengacukan kepadanya. Terus beliau memicit spray air itu kepada adiknya, namun adiknya terdiam sahaja pada awalnya.
“Kadang-kadang sabar itu ada limit”, menerusi kapsyen abangnya di video itu.
Adiknya hanya terdiam dan melihat sahaja karenah abangnya itu. Lalu terus masuk ke bilik yang berdekatan kerana ingin mengambil hanger yang tersangkut di almari.
Cuak abangnya apabila beliau mengambil hanger di dalam bilik itu.
Baru tahu, kesabaran adiknya sudah sampai ‘limit’ kerana abangnya suka mengusik adiknya yang comel itu.
@aqilsh1 Kadang kadang sabar tu mmg ada limit
@azriqshKadang kadang sabar tu mmg ada limit
Menerusi di ruangan komen, netizen memberitahu bahawa gelagat adiknya itu membuatkan mereka mencuit hati dan memang padan abangnya jika disebat dengan hanger.
Anak istimewa inilah penyeri kehidupan mereka seharian, bosan jadinya jika dia tiada di dalam hidup mereka ini. Jadi, hargailah anak syurga ini kerana merekalah juga tiket untuk kita ke syurga kelak nanti.
Amin.
Kredit: azriqsh