Bila berniaga ini, tidak akan terus laku dan ramai orang datang ke kedai. Kerana, itulah lumrah orang berniaga kerana semestinya akan ada pasang surut dan mungkin orang tidak mengenali lagi kedai anda. Namun, kita haruslah bijak menguruskan bagaimana untuk teruskan perniagaan supaya ramai yang datang.
Seperti peniaga ini, beliau memberitahu bahawa tiada pelanggan datang ke kedainya dan tidak dapat untuk membayar gaji pekerja mereka.
Keluhan yang diluahkan ini ialah tuan kedai warongthekarrat di laman media sosialnya. Memberitahu bahawa kedainya jarang sekali untuk pelanggan datang berkunjung, kadang-kadang satu dua meja sahaja yang ada.
“Tak setiap hari adalah hari indah!”, luahan tuan kedai warongthekarrat itu.
“Kadang-kadang satu dua meja, kadang takde langsung”, luahannya lagi.
Namun, semestinya adat berniaga ini akan ada pasang surut. Jika peniaga itu nak berniaga inginkan keuntungan banyak seperti air pasang, ada masa akan surut juga.
Jangan risau, perniagaan yang dikatakan surut ini bukanlah rugi jadi usahlah merungut jika perniagaan anda kurang maju seperti orang lain. Banyak tingkatkan dari segi pemasaran, kualiti makanan dan cari identiti supaya pelanggan mengenali kedai anda.
Sentiasalah berfikiran positif.
@warongthekarrat BUKAN SETIAP HARI INDAH. KADANG TAKDE CUSTOMER HANYA KRIK KRIK SAJE 😄 HARAP ADA YANG DATANG SUPPORT KAMI 🤍#foodhuntingkotabharu #foodkb #foodiekotabharu #ayampenyetkelate #nasiayampenyetkb #ayamsusuthai #nasiayamthai #chickenchopkb #chickenchoppanji #chickengrillkb #chickengrillkelate #chickenchopkelate #chickenchopmurah
@warongthekarrat BUKAN SETIAP HARI INDAH. KADANG TAKDE CUSTOMER HANYA KRIK KRIK SAJE 😄 HARAP ADA YANG DATANG SUPPORT KAMI 🤍#foodhuntingkotabharu #foodkb #foodiekotabharu #ayampenyetkelate #nasiayampenyetkb #ayamsusuthai #nasiayamthai #chickenchopkb #chickenchoppanji #chickengrillkb #chickengrillkelate #chickenchopkelate #chickenchopmurah ♬ original sound – WarongTheKarrat
Menerusi di ruangan komen, ramai warganet yang bertanyakan di mana kedai ini kerana ingin cuba singgah dan merasai makanannya.
Jangan putus asa kerana tidak perlu untuk takut kerana Allah Maha Kaya dan menjanjikan rezeki untuk hambanya. Teruskan berniaga sehingga anda memperoleh keuntungan kerana keuntungan itulah ganjaran yang diberikan sempena penat lelah anda di dalam berniaga.
Semoga perniagaan Warong The Karrat ini maju jaya dan para warganet boleh waze terus ke kedai ini. Berhadapan di MPKB Panji, Kota Bharu.
Kredit: