Salah satu cara tarikan untuk pelanggan datang ke kedai kita adalah dengan melakukan apa-apa cabaran untuk mereka peroleh cabaran. Dengan cara itu, mereka lagi gemar untuk datang ke kedai kita kerana mereka tahu akan ada cabaran yang seronok.
Ini adalah salah satu taktik mat saleh ini dengan melakukan cabaran kepada pelanggan mereka dengan menari comel ketika memasuki ke kedai mereka.
Pemasaran yang menarik ini dikongsikan di bagelsandschmear di laman media sosial TikTok mereka. Mereka lekatkan kertas sebesar A4 di cermin tingkap kedai mereka di dalam Bahasa Inggeris.
“Do a silly dance walking in, If we like it – free bagel chips on us!” tulis di dalam kertas yang dilekatkan di cermin itu.
Semestinya mata pelanggan akan tertumpu ke kertas itu ketika masuk di dalam kedai itu.
Maka, ramailah pelanggan yang datang ke kedai bagels mereka dan mencuba menari comel untuk membuat tuan kedai itu impressive dengan gelagat mereka.
Bermacam tarian yang ditunjukkan dan tak kira umur yang menyahut cabaran itu.
Terdapat seorang bayi yang baru sahaja berjalan menari bersama ibunya ketika memasuki kedai bagels itu. Kemudian, ramai yang menyahut cabaran menari comel ini untuk memikat hati tuan kedai itu.
@bagelsandschmear Thanks for all the lols this weekend 🫶 #bagelshop #bagels #bagelchips
@bagelsandschmear Thanks for all the lols this weekend 🫶 #bagelshop #bagels #bagelchips ♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼
Menerusi di ruangan komen, warganet daripada negara mereka memberitahu bahawa gaya mereka sangat comel dan ada juga yang mencuba bahawa mereka menari tak comel.
Kedai di Malaysia boleh tiru aksi ini kerana semestinya pelanggan akan gembira dan seronok untuk datang ke kedai anda.
Pemasaran yang menarik dan mampu untuk pelanggan datang beramai-ramai bersama rakan-rakan mereka.
Kredit: bagelsandschmear