Untuk jadi seorang penebar roti canai ini haruslah mempunyai skills yang sangat tinggi. Kerana susah untuk menebar roti canai untuk dibentuk menjadi satu keping roti canai yang sedap dan lembut. Ianya boleh dilatih dari sejak kecil lagi jika anda ingi meneruskan legasi skills anda seorang penebar roti canai.
Seorang penebar roti canai cilik ini pula sedang menebar roti canai di hadapan orang ramai namun ada benda yang lebih kelakar berlaku apabila…
Video ini dirakam dan dimuatnaik sendiri oleh ayahnya yang bernama abgmadroticanai menunjukkan anaknya sedang menebar roti canai. Ada perkara yang lucu berlaku apabila ketika penebar roti canai cilik ini sedang menebar roti canai itu dengan menarik kemudian roti canai itu terbang.
Yang kelakarnya adalah roti canai itu terbang dan jatuh ke atas muka seorang bayi pelanggan di kedai itu.
Terus muka beliau cuak takut jika bayi itu lagi kuat menangis dan ibu bapa bayi itu marah.
“Takpe, takpe!” balas ibu bapa kepada bayi itu dan mereka juga terkedu kerana adik terbang itu menunjukkan reaksi muka yang sangat takut.
Beliau cuba memujuk dan meminta maaf bayi itu supaya tidak menangis kerana bayi itu terus menangis kerana terkejut.
Mana tidak terkejut, tiba-tiba sahaja roti canai itu mendarat di atas mukanya.
Tapi, penebar roti canai cilik ini pandai mengambil alih situasi itu supaya tidak menjadi janggal. Pelanggan sekeliling juga turut ketawa bersama kerana perkara itu sangat lucu.
https://www.tiktok.com/@abgmadroticanai/video/7230322982525226241?_r=1&_t=8cNfjgJITd2
@abgmadroticanai Kan dah kena..di tiup angin,balingan tidak menentu hala tuju..berdebar hati adik terbang bila buat show roti canai terbang di pukul angin boleh tersasar arah.. #Bolehtaqatu #ADIKTERBANG #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – Adik terbang
Meninjau di ruangan komen, para netizen juga turut sama terhibur dengan situasi yang dihadapi adik itu dan memberitahu bahawa pelanggan itu sangat sporting.
Semoga adik penebar roti canai ini sentiasa dilimpahkan rezeki kerana sikapnya yang sangat beradab dengan orang lebih tua. Seorang yang baik dan pandai hormat orang sekeliling beliau.
Kredit: abgmadroticanai