Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Naik Kapal Terbang 6 Kali Sehari Sahut Cabaran Netizen! Cuba Makanan Di Dalam Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu

Lelaki Ini Naik Kapal Terbang 6 Kali Sehari Sahut Cabaran Netizen! Cuba Makanan Di Dalam Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu

Kategori:

Tak semua orang dapat merasa bagaimana rasanya makanan di dalam kapal terbang kerana mereka mengatakan ianya sangat mahal. Tapi, belum cuba belum tahu kerana orang mengatakan kita punya deria rasa akan berbeza bila di atas kapal terbang.

Jadi, lelaki ini menyahut cabaran netizen untuk mencuba makanan yang ada di dalam kapal terbang dengan menaiki sebanyak 6 kali sehari. Bukan biasa biasa lelaki ini!

Lelaki Ini Naik Kapal Terbang 6 Kali Sehari Sahut Cabaran Netizen! Cuba Makanan Di Dalam Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu

Lelaki ini yang diberi nama sebagai maellambongasis ini menyahut cabaran netizen dengan menaiki kapal terbang sebanyak 6 kali sehari. Tujuan utama beliau adalah untuk merasai makanan-makanan yang ada di dalam kapal terbang itu.

Perjalan beliau ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sebanyak 6 kali dan itu adalah cabaran yang sangat gila!

Penerbangan Pertama

6 kali sehari

6 kali sehari

Untuk di pagi perjalanan Kuala Lumpur ke Kota Bharu itu menggunakan penerbangan Air Asia dan beliau mencuba makanan Sesame Chicken Wrap.

Selepas mencubanya, beliau terkejut kerana rasanya sedap dan mempunyai ayam yang banyak dan rasanya masam masam manis. Beliau memberi ‘rating’ sebanyak 8 per 10.

6 kali sehari

6 kali sehari

Seterusnya pada pukul 12 tengah hari, beliau menaiki penerbangan yang kedua iaitu penerbangan yang sama, Air Asia. Untuk makanan kali ini beliau menempah Chicken Satay yang berharga RM17 yang mempunyai 4 cucuk satau sahaja.

6 kali sehari

Rasanya sedap, ‘juicy’, gebu dan nasi impit juga menepati citarasanya. Jadi beliau memberi ‘rating’ sebanyak 9/10.

6 kali sehari

Seterusnya, setelah sampai di Kuala Lumpur pada pukul 1 petang. Beliau bergegas pula ke penerbangan yang ketiga menggunakan penerbangan MY Airline. Syarikat MY Airline ini adalah syarikat yang baharu sahaja ditubuhkan di Malaysia menggunakan perjalanan yang sama.

Beliau bakal menggunakan penerbangan MY Airline ini sebanyak 4 kali. Jadi untuk makanan pertama, beliau menempah BBQ Chicken Rice yang berharga RM15.90.

Beliau mengatakan bahawa makanan kali ini tidak sedap kerana tidak menepati citarasa tekak beliau kerana nasi sangat ‘overcook’ dan keras untuk ditelan. Kemudian, ayamnya sangat masin. Jadi beliau memberi rating sebanyak 3/10 sahaja.

6 kali sehari

Untuk penerbangan yang keempat adalah daripada Kota Bharu ke Kelantan menggunakan penerbangan yang sama, dan krew juga sama pada pukul 4 petang. Beliau memilih makanan Nasi Baryani dengan berharga RM17 dan sama juga nasinya overcook!

Dan beliau mampu memberi rating sebanyak 2/10.

6 kali sehari

Seterusnya beliau menempah penerbangan yang ke-5 dari Kuala Lumpur ke Miri menggunakan penerbangan yang sama iaitu MY Airline. Penerbangan ke Miri, Sarawak mengambil masa selama 2 jam 15 minit dan beliau menempah Nasi Lemak yang berharga RM15.90.

6 kali sehari

Beliau bersyukur untuk makanan kali ini kerana Nasi Lemak sedap dan puas hati dari yang sebelum ini. Di mana nasi dan ayam lembut dan kena dengan tekak beliau. Jadi, beliau memberi rating sebanyak 8/10.

6 kali sehari

Selepas beliau mendarat di lapangan terbang Miri, beliau bergegas untuk penerbangan yang terakhir iaitu yang ke-6 dari Miri ke Kuala Lumpur. Beliau memberitahu bahawa sangat penat, namun beliau masih lagi seronok untuk sahut cabaran netizen.

Penerbangan Terakhir

6 kali sehari

Seterusnya beliau mendapat maggi cup dan dikatakan Pramugara MY Airline yang belanja beliau. Beliau memberitahu bahawa maggi cup adalah yang paling sedap. Beliau memberi rating sebanyak 11/10 untuk makanan terakhir ini.

6 kali sehari

Beliau juga memuji akan layanan daripada krew MY Airline kerana memberi layanan yang berpuas hati dan terbaik.

@maellambongasis Replying to @Syukrizzz makan airlines meal in a day!! Let’s go!! #fyp #pov #flight #meal #fypシ #traveller #airasia #myairline #airlinereview ♬ original sound – Mael Lambong Asis

The Real Jumpa Lagi

Meninjau di ruangan komen netizen mengatakan bahawa beliau memang buat kerja gila kerana dalam masa sehari beliau dapat menaiki kapal terbang sebanyak 6 kali.

6 kali sehari 6 kali sehari 6 kali sehari 6 kali sehari

Beliau juga ada memberitahu bahawa apalagi cabaran gila yang ingin dia cuba dan beliau juga memberitahu bahawa ingin pusing Malaysia dalam masa 1 hari sahaja.

Jangan lupa follow abang ini di TikTok!

Kredit: maellambongasis

Baca Juga: Ebit Lew Ibarat ‘Superman’, Ke Sabah Pula Bawa 1000 Set Makanan & Bantuan Lain Untuk Yang Memerlukan

tags: | | |