Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peminat Sotong Sila Hadir, Jom Cuba Resipi Sotong Sambal Nampla Yang Sangat Sedap. Satu Hidangan Ni Pun Dah Cukup.

Peminat Sotong Sila Hadir, Jom Cuba Resipi Sotong Sambal Nampla Yang Sangat Sedap. Satu Hidangan Ni Pun Dah Cukup.

Kategori: ,

Thailand merupakan sebuah negara yang bukan sahaja terkenal dengan tradisi dan budaya mereka. Negara tersebut juga mewah dengan pelbagai jenis makanan yang dapat menawan hati ramai orang bukan sahaja rakyat mereka sendiri.

Sotong sambal nampla adalah antara makanan yang menarik minat ramai. Nampla merupakan penambah perisa diperbuat daripada ikan dan diletakkan didalam masakan mereka.

Masakan yang cukup dengan pelbagai rasa masam, manis, pedas ini tidak hairanlah dapat membuka selera orang kita. Bahan-bahan masakan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati di negara kita.

Peminat Sotong Sila Hadir, Jom Cuba Resipi Sotong Sambal Nampla Yang Sangat Sedap. Satu Hidangan Ni Pun Dah Cukup.

Resipi sotong sambal nampla yang telah dikongsikan oleh Puan Suzana Ibrahim ini dapat dijadikan contoh untuk mencuba masakan ini.

sotong sambal nampla

Bahan-bahan

  • 1/2 kg.sotong
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 2 batang serai-di ketuk
  • Sos ikan/nampla secukup rasa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji cili padi-di ketuk
  • Jus limau nipis
  • Gula perang
  • Daun ketumbar cincang

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan nampla,gula perang dan jus limau nipis.
  4. Akhir sekali masukkan sotong dan cili padi dan kaup-balik biar rata.
  5. Masak sekejap dalam 2 minit sahaja untuk elak sotong jadi liat.
  6. Angkat dan taburkan daun ketumbar cincang.Sedia untuk di hidang

sotong sambal nampla

Mudah je kan resipi ni? Hanya ikut beberapa langkah sahaja dan siap! Jom cuba resipi simple tapi sedap sangat ni, korang makan dengan nasi putih je dah cukup.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba semua!

Sumber: Suzana Ibrahim

Baca juga: Masakan Thailand Menjadi Kesukaan Ramai. Ini Dia Resipi Daging Masak Kari Hijau, Menyesal Kalau Tak Cuba Nanti.

 

 

 

tags: | | |