Anda pernah terfikir tak apa sebenarnye makanan mentai ini? Ia dikenali sebagai mentaiko juga di mana makanan yang diproses oleh negara Jepun. Ia diperbuat daripada telur ikan Pollack dan diawetkan bersama garam dan bahan-bahan lain bersama rempah.
Namun, sekarang sudah ramai yang mengubah atau inovasi resipi mentai ini dengan beberapa bahan. Resipi Mentai Tuna Cheese ini hanya menggunakan tuna dalam tin sahaja.
Hanya Guna Tuna Dalam Tin, Boleh Hasilkan Makanan Jepun! Resipi Mentai Tuna Cheese, Letak Dalam Pack Kecil-Kecil Dah Settle
Resipi Mentai Tuna Cheese ini dikongsikan oleh Ummurazin | Foodiegraphy di laman media sosialnya di TikTok. Banyak resipi yang menarik dikongsikan oleh beliau, anda boleh mengikuti akaun beliau untuk mencari idea resipi.
Bahan-Bahan:
- Nasi kelmarin (semangkuk sedang)
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1/2 sudu besar kicap soya
- Seaweed
- Bijan
- Mayonis
- 1 sudu Sos Cili (sriracha)
- Paprika
- Garam masala
- Tuna ketulan dalam air (ayam brand) – warna biru muda
- Mozarella cheese
Cara Penyediaannya:
- Masukkan satu mangkuk nasi kelmarin yang anda tidak habiskan ke dalam mangkuk yang besar. Untuk mudahkan proses gaul.
- Kemudian masukkan 1 sudu besar minyak bijan, 1/2 sudu besar kicap soya dan gaulkan sebati.
- Selepas itu, hancurkan seaweed ke dalam nasi yang digaul tadi. Boleh tambah seaweed sebanyak mana yang anda suka.
- Taburkan bijan di atas nasi. Gaulkan.
- Di dalam bekas yang lain pula, masukkan mayonis, sos cili jenis sriracha atau mana-mana sos cili yang anda suka, paprika, garam masala dan gaulkan sebati. Rasakan dahulu, jika ada rasa yang tidak cukup, boleh tambah sos cili lagi.
- Kemudian, ambil tin tuna ketulan dalam air dan buangkan airnya. Keluarkan tuna di dalam tin tersebut dan gaulkan bersama sos yang dibuat.
- Kemudian di dalam bekas yang lain, mampatkan nasi. Letakkan sos di atas nasi itu dan taburkan mozarella cheese.
- Bakar sehingga nampak warna keperangan. Boleh juga menggunakan lighter.
Mentai Tuna Cheese ni buat sendiri sahaja di rumah tanpa perlu memikirkan untuk beli di luar. Guna sahaja tuna di dalam tin, terus menjadi makanan Negara Jepun!
Selamat Mencuba!
Kredit: Ummurazin | Foodiegraphy
Baca Juga: Content Creator Jepun iChang & Jimmy Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Promosikan Makanan & Budaya Malaysia Kepada Dunia