Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Maggi Goreng Basah Simple, 1 Pek Maggi Dah Mampu Buat Anda Kenyang Menyandar Di Kerusi Makan

Resipi Maggi Goreng Basah Simple, 1 Pek Maggi Dah Mampu Buat Anda Kenyang Menyandar Di Kerusi Makan

Kategori: ,

Maggi adalah makanan kegemaran segenap masyarakat di Malaysia kerana ia adalah makanan kebangsaan untuk kita. Mungkin ia dianggap sebagai makanan yang tidak berkhasiat tetapi itulah yang membantu para pelajar atau rakyat yang kurang berkemampuan.

Jadi ini adalah menu yang paling sedap yang anda boleh cuba iaitu Maggi Goreng Basah Simple yang boleh buat di mana sahaja.

Resipi Maggi Goreng Basah Simple, 1 Pek Maggi Dah Mampu Buat Anda Kenyang Menyandar Di Kerusi Makan

Resipi Maggi Goreng Basah Simple ini dikongsikan oleh meniriij.cooks di laman media sosial beliau di TikTok. Memberi inspirasi dan idea kepada para pengikutnya untuk mencari idea memasak.

Maggi Goreng Basah Simple

Bahan-Bahan:

  • 1/2 Bawang besar/holland
  • 2-3 Biji bawang putih
  • 1 ketul isi ayam (boleh ganti dengan lauk lain)
  • 1-2 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap manis (untuk gelapkan)
  • 1 pack maggi kari
  • Sayur Sawi
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili api
  • Daun bawang (optional)

Maggi Goreng Basah Simple Maggi Goreng Basah Simple

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan minyak dan panaskan untuk menumis bahan-bahan.
  2. Masukkan bawang besar atau holland sehingga naik aroma.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam. Apabila isi ayam sudah separuh masuk, anda boleh masukkan sos cili yang dicampur bersama sos tomato, kicap manis dan cili kisar.
  4. Apabila dah naik bau, boleh masukkan perencah maggi kari dan 1-2 cawan air untuk jadikan sebagai maggi goreng basah. Jika anda nak lagi basah, anda boleh masukkan air ke dalam bahan-bahan.
  5. Kemudian, masukkan sayur sawi dan telur. Apabila telur nak masak, anda boleh ratakan atau kacau untuk dapatkan telur hancur.
  6. Barulah masukkan maggi yang tidak direbus ke dalam kuali ini. Kalau anda nak rebuskan dahulu pun boleh.
  7. Kalau anda inginkan ‘extra pedas’, boleh masukkan cili api mengikut kepedasan tekak anda.
  8. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang sebagai hiasan.

Maggi Goreng Basah Simple Maggi Goreng Basah Simple

Maggi Goreng Basah Simple ini boleh dimakan tidak kira masa, pagi petang malam. Rasanya semua sedap, sambil layan korea pun best juga.

Selamat Mencuba!

Kredit: meniriij.cooks

Baca Juga: Nak Jimat? Jom Belajar Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah. Boleh Guna Untuk Resepi Kerabu Yang Sedap & Ringkas

tags: | |