Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Bubur Jagung Tin, Guna Bahan Sedia Ada Di Kedai Runcit! Terus Jadi Pilihan Orang Ramai Sebagai Pencuci Mulut

Resipi Bubur Jagung Tin, Guna Bahan Sedia Ada Di Kedai Runcit! Terus Jadi Pilihan Orang Ramai Sebagai Pencuci Mulut

Kategori: ,

Susah sekarang nak cari jagung yang ‘fresh’ untuk makan jadi bakar, bubur, jagung manis dan sebagainya. Mungkin kerana bukan musim jagung lagi untuk dijual atau kita berada bukan di kawasan yang menjual jagung.

Jadi apa kata kalau kita cuba inovasi sedikit resipi bubur jagung yang sedia ada menggunakan jagung dalam tin. Ini adalah resipi bubur jagung tin yang anda boleh cuba sahaja di rumah atau jadikan sebagai bahan jamuan.

Resipi Bubur Jagung Tin, Guna Bahan Sedia Ada Di Kedai Runcit! Terus Jadi Pilihan Orang Ramai Sebagai Pencuci Mulut

Resipi Bubur Jagung Tin ini dikongsikan oleh elynnfadzil di laman media sosial TikToknya. Beliau suka berkongsi resipi dan tips skincare kepada para pengikutnya di akaunnya.

Bubur Jagung Tin

Bahan-Bahan:

  • Jagung dalam tin (Kernel Jagung)
  • Jagung dalam tin (Jagung manis ala krim)
  • Santan Kara dalam kotak
  • Air (guna satu tin jagung)
  • Sekeping gula melaka
  • Daun Pandan
  • Sagu
  • Garam

Bubur Jagung Tin Bubur Jagung Tin

Cara Penyediannya:

  1. Masukkan satu tin kernel jagung ikut jenama yang anda suka.
  2. Masukkan satu tin jagung manis ala krim mengikut jenama yang anda gemar.
  3. Kemudian, masukkan santan kara dalam kotak bersama jagung jagung yang diletakkan tadi.
  4. Tambah air kosong di dalam satu tin jagung yang diguna tadi.
  5. Kemudian masukkan, gula melaka, daun pandan, sagu dan garam. Gaulkan hingga menjadi seperti bubur, jika ingin manis. Boleh tambah gula*

Bubur Jagung Tin Bubur Jagung Tin

Bubur Jagung Tin ini senang je masaknya, hanya campak-campak sahaja bahannya sekali gus. Terus jadi bubur jagung pilihan semasa kenduri.

Selamat Mencuba!

Kredit: elynnfadzil

Baca Juga: Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

tags: | |