Ibu mengandung ni bila dah mengidam sesuatu benda, mulalah macam-macam dipinta untuk memenuhi keinginan mereka. Si suami pula yang bertanggungjawab untuk membeli dan mencari makanan yang mereka mengidam.
Tapi, bila sang suami tiba-tiba tidak pergi membeli sendiri, ibu-ibu mengandung ini sendiri sanggup beratur sendiri seperti di kopi nisang ni.
Pengalaman comel ini dikongsikan sendiri oleh peniaga kopi nisang ini yang bernama NachikCikna di laman media sosial TikTok beliau. Beliau menunjukkan 4 orang ibu mengandung sedang beratur untuk membeli air kopi nisang ini di Terengganu.
Beliau memberi keutamaan kepada ibu-ibu mengandung ini beratur di depan supaya untuk memudahkan mereka. Tapi, masih lagi ada netizen yang memberi komen dengan tindakan beliau ini.
Netizen ada yang persoalkan supaya peniaga ini sediakan kerusi kepada mereka supaya mereka tidak penat ketika beratur.
Tapi persoalannya, di mana suami-suami mereka? Patutnya suami merekalah yang beratur semasa membeli air ini.
Mungkin ibu-ibu mengandung ini sangat mengidam akan kopi nisang yang sedang viral ini, jadi mereka tidak mahu menyusahkan suami-suami mereka.
@nachikcikna #kopinisang #kopinisangasli #terengganu #kopinisangbynachik ♬ original sound – saifulsaad_
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang memberi idea kepada peniaga ini supaya sediakan kerusi untuk mereka. Tapi, ada juga dalam kalangan mereka menyokong tindakan peniaga ini supaya memberi keutamaan kepada ibu mengandung.
Semoga ibu-ibu mengandung ini dimudahkan urusan mereka selalu sepanjang berbadan dua ini dan dimudahkan untuk melahirkan bayi yang comel.
Kredit: NachikCikna