Kalau kita perasan, di bilik guru sangat meriah para guru jamu makanan kepada para guru. Tidak kira sempena apa, mesti akan selalu ada makanan yang terhidang. Kita anak murid masuk sahaja ke dalam bilik guru, terus bau makanan jamuan.
Tapi kali ini, ada kejadian kelakar pula terjadi apabila para guru cuba curi-curi makan ketika bukan waktunya lagi. Kebetulan pula, guru besar jalan masuk ke dalam bilik guru! Terus semua berlari…
Kejadian comel ini dirakam oleh santaipetangbertam di laman media sosial TikTok sekolah itu sendiri. Mungkin mereka memuatnaik video ini untuk merakam kejadian comel ini dan kongsikan kepada anak-anak murid mereka.
Apa yang melucukan adalah, cara guru ini curi-curi makan makanan jamuan namun kantoi pula guru besar berjalan masuk ke bilik guru.
Kejadian ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana, dan dikatakan aksi ini hanya sekadar lakonan parodi sahaja. Tapi guru-guru pun takut juga kepada boss mereka iaitu Guru Besar sekolah mereka, risau pula boss tengok.
Tapi siapa sangka, sporting pula mereka beramai-ramai lakonkan parodi ini. Anak-anak murid suka datang ke sekolah kalau cikgu-cikgu semua sporting seperti ini.
@qisthomas Sekadar parodi santai hari guru dari kami sesi petang. Jangan serius sangat. Tak payah kecam. Kita santai-santai saja sambil layan jamuan Raya dan Jamuan Hari Guru.. terima kasih kawan-kawan kerana sudi memeriahkan hari guru 2023 #CapCut #trending #kantoi #kantoisudah #makan #potluck #gurusesipetang #sesipetang #santai #santaiaja #content #contentonly #janganmarah #layan #tahangelak #lari
@santaipetangbertam Sekadar parodi santai hari guru dari kami sesi petang. Jangan serius sangat. Tak payah kecam. Kita santai-santai saja sambil layan jamuan Raya dan Jamuan Hari Guru.. terima kasih kawan-kawan kerana sudi memeriahkan hari guru 2023 #CapCut #trending #kantoi #kantoisudah #makan #potluck #gurusesipetang #sesipetang #santai #santaiaja #content #contentonly #janganmarah #layan #tahangelak #lari ♬ BosDatang – SK Bertam Perdana | petang
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen memberitahu bahawa begitulah perasaan mereka sebagai anak murid yang takut jika kantoi apa-apa dengan guru mereka.
Semoga para guru di Malaysia sentiasa menjadi lilin kepada anak-anak murid mereka supaya dapat lahirkan para pelajar yang berjaya. Kita sebagai seorang insan haruslah sentiasa menghargai jasa mereka yang mengajar kita dan tidak pernah kenal erti lelah.
Kredit: santaipetangbertam