Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Telur » Lelaki Ini Kongsi Resipi Scoth Egg, Makanan Breakfast Restoran High Class. Korang Mesti Cuba!

Lelaki Ini Kongsi Resipi Scoth Egg, Makanan Breakfast Restoran High Class. Korang Mesti Cuba!

Kategori:
Scoth Egg

Anda pernah makan Scoth Egg untuk hidangan sarapan? Bagi sesiapa yang tertanya apakah dan bagaimana Scoth Egg dibuat, jom kita ikuti perkongsian Wan Luqman di Facebook ini.

Scoth Egg ni makanan barat dari England dan berevolusi ke pelbagai dan cara mengikuti kreativiti chef tersebut.

Jom kita buat Scoth Egg ini sama-sama!

Lelaki Ini Kongsi Resipi Scoth Egg, Makanan Breakfast Restoran High Class. Korang Mesti Cuba!Scoth Egg

Bahan-Bahan Utama:

  • telur – saiz kecil
  • daging kisar
  • garam dan lada hitam
  • panko breadcrumb

Cara Penyediaan:

  1. Guna telur saiz kecil kecil. Saiz C atau D dan rebus. Scoth Egg
  2. Telur kecil senang dibungkus. Sebelum bungkus dengan daging kisar ini, korang gaul la dulu garam dan serbuk lada hitam ya. Scoth Egg
  3. Ada 3 station nak kena lalu dulu sebelum goreng. Lepas balut telur dengan daging, golek dalam tepung. Lepas tu ke dalam telur kemudian golek ke dalam serbuk panko. Scoth Egg
  4. Ni panko breadcrumb. Buat macam ni. Scoth Egg
  5. Kemudian, deep fried. Scoth EggScoth Egg
  6. Untuk makanan sampingan, boleh masak mash potato. Rebus kentang sampai lembut habis kemudian lenyek menggunakan penapis. Selepas itu, korang kikis la dari bontot penapis tu.Scoth Egg
  7. Akan dapat super smooth smashed potatoes. Masa ni dia masih panas-panas. Masukkan garam atau serbuk pati ayam, mix herbs, salted butter dan sedikit susu segar.Scoth Egg
  8. Satu lagi side sih, caramelized onions. Hiris bawang holland nipis-bipis. Panaskan sedikit minyak dan tumis sampai garing nak ke hangit. Scoth Egg
  9. Bila dah ada yang garing dan hangit-hangit, masukkan sedikit air kemudian letaklah sedikit serbuk perasa/seasoning. Scoth Egg
  10. Kacau selama 10-15 minit. Scoth Egg
  11. Ini untuk sos. Guna madu + kicap cair + chili oil. Scoth Egg
  12. Sudah siap! Korang letaklah mixed salad nak bagi nampak cantik untuk hidangan. Scoth Egg Scoth Egg

Jom makan! Selamat mencuba semuanya untuk buat Scoth Egg ini. Memang sedap sekali tambah dengan side dishes.

Semoga bermanfaat dan selamat menikmati!

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam

tags: | |