Kadang-kadang, semestinya kita mahu makan makanan dan hidangan simple tapi sedap juga mengenyangkan, bukan?
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan hidangan ‘healing’, resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake yang best untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Memang sedap. Dah tak perlu cari bubur di kedai. Jom ikut perkongsian Shaa Zainol ini! Hidangan ini untuk 5 orang makan tau!
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake, Hidangan ‘Healing’ Yang Best. Sesuai Juga Untuk Orang Demam
Bahan-Bahan:
- 1 pot beras
- cendawan shitake
- lobak merah
- 1 biji bawang besar
- 1/2 inci halia
- 1 sudu besar serbuk sup
- mixed herbs
- serbuk lada hitam (optional)
- 2 sudu besar minyak masak zaiton
- garam & perasa secukupnya
- air secukupnya
- daun sup & daun bawang
Cara Penyediaan:
- Rendam beras.
- Dadukan/cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
- Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi susah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan.
- Gaulkannya jika terlalu pekat boleh ulang tambah air. Tunggu sehingga masak elok.
- Dah siap, boleh hidang dengan daun sup dan daun bawang.
Dah siap dah kita punya resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake ini. Antara menu orang demam dan menu diet yang sedap dan sihat tau. Boleh feeling-feeling breakfast di Korea juga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Shaa Zainol
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!