Setiap kali musim haji, pasti ada jemaah haji yang membawa bermacam-macam jenis barangan termasuklah makanan dan minuman untuk persiapan dan bekalan di sana.
Tetapi seperti diketahui umum, bukan semua barangan boleh dibawa ke sana kerana proses penerbangan mensyaratkan barangan yang boleh dibawa dan sebaliknya.
Seperti kejadian yang berlaku oleh jemaah haji di negara jiran Indonesia, salah seorang daripada jemaah mereka dirampas tiga biji durian yang dibawanya.
Menurut portal merdeka.com, calon haji dari Surabaya Indonesia itu nekad membawa tiga biji durian dan memasukkannya di dalam plastik dan dibungkus ketat olehnya.
Keberadaan durian itu diketahui di saat petugas memeriksa menggunakan X-Ray di airport walaupun durian merupakan salah satu barang yang dilarang dibawa jemaah calon haji Indonesia.
Sementara itu, berdasarkan keterangan jemaah calon haji yang barangnya terkena dirampas petugas, durian yang dia bawa merupakan pesanan seorang saudaranya bermukim di Tanah Suci.
Menurutnya, saudaranya memesan kerana dia merupakan ibu hamil yang tengah mengidam durian dari Indonesia.
“Ada saudara yang bermukim di sana hamil mengidam mahu makan durian dari Indonesia”, jelas jemaah haji nekad bawa durian tersebut.
Petugas Surabaya dapat mengerti motif jemaah haji nekad bawa durian berkenaan, namun pihaknya tidak dapat memberikan izin buah berbau menyengat itu turut dalam penerbangan kerana takut menganggu jemaah yang lain.
@media_indonesia Nekat! Jemaah Calon Haji Bawa 3 Durian di Dalam Koper mediaindonesia referensibangsa Jemaahbawadurian
@media_indonesiaNekat! Jemaah Calon Haji Bawa 3 Durian di Dalam Koper #mediaindonesia #referensibangsa #Jemaahbawadurian♬ suara asli – mediaindonesia
Niat jemaah haji berkenaan itu baik, tetapi disebabkan kemudaratan yang akan mengganggu jemaah haji lain, durian-durian itu terpaksa dirampas. Semoga urusan jemaah haji dipermudahkan semuanya.
Sumber: Media Indonesia