Nasi lemak sememangnya antara makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk sarapan pagi ataupun makan di malam hari.
Ia lebih sedap dan seeloknya dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar kerana itulah keaslian bungkusan nasi lemak dari zaman nenek moyang lagi.
Terbaharu, peniaga nasi lemak Melayu mendapat kecaman apabila dia menggunakan surat khabar Cina sebagai bungkusan luar selepas membungkus nasi lemak dengan daun pisang.
Komen yang berbaur negatif itu amat dikesali oleh peniaga dan netizen lain kerana ia seperti tidak menghormati perasaan kaum lain yang hidup bersama-sama di Malaysia.
Tidak diketahu niat seorang netizen yang memberi komen berkenaan tentang kebersihan atau sebaliknya, komen tersebut tidak patut ditulis kerana ia hanyalah bungkusan luar selepas bungkusan pertama dengan daun pisang.
Lantaran kekesalan itu, dia meluah perasaannya di media sosial hingga kisah ini tular dan menjadi perdebatan oleh orang ramai.
“Kitorang baru nak meniaga nasi lemak pre-order. Isteri aku post dalam group Facebook, terus dapat komen bodoh,” luah peniaga nasi lemak dengan nama Paantastik di Twitter tentang isu bungkus makan tersebut.
Dengan tidak disangka, peniaga berkenaan mendapat pelanggan yang terdiri daripada orang-orang Cina datang menempah dan membeli nasi lemaknya selepas kisah ini tular.
“Hahaha sebab brother ni aku dapat customer Chinese. Lepas ni aku buat options lah. Customer boleh pilih surat khabar bahasa apa dan ruangan apa. Sukar, luar negara, dalam negeri, iklaneka atau hiburan,” selorohnya dalam bebenang ciapan tersebut.
Untuk info, dia menjual set nasi lemak bersama teh tarik dengan harga RM4 sahaja. Rata-rata netizen terliur dengan gambar nasi lemak yang dikongsinya.
Melihat ruangan komen, netizen turut kecewa dengan orang-orang yang hanya tahu menulis komen tanpa berfikir. Lebih-lebih lagi, jika ia melibatkan perniagaan kecil orang lain.
“Lapik pembungkus pun jadi isu. Daun pisang tu Cine ke Melayu yang tanam? Telur tu Cina ke Melayu yang ternak ayam dia? Timun? Kacang? CIli?”, komen seorang netizen memberi pendapat terhadap isu bungkus makanan menggunakan akhbar Cina yang tular tersebut.
Semoga dengan kisah ini, kita lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen kepada orang lain. Jika komen itu membina, dipersilakan kongsi buah fikiran dengan semua. Tetapi, jika komen itu menjatuhkan, ia tidak meningalkan apa-apa makna.
Apa-apapun netizen lain sememangnya terbaik kerana saling menyokong perniagaan kecil tidak kira berbeza agama atau bangsa. Semoga kita terus saling menghirmati di antara satu sama lain.
Sumber: paantastik
Baca juga: Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..