Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..

Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..

Kategori:
minta sudu

Semakin hari, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda ataupun Grabfood. Ini kerana, ia boleh dipesan pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.

Tetapi, jika berada di luar rumah, satu benda yang penting seperti sudu dan garfu ataupun kita panggil sebagai kutleri sering menjadi masalah. Ketiadaan air untuk membasuh tangan di sesetengah tempat membuatkan sudu dan garfu amat penting untuk ada buat santapan.

Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..

Terbaharu, satu video di TikTok telah tular berkenaan seorang pelanggan Foodpanda yang meminta sudu daripada kedai yang dipesannya menerusi nota tambahan. Video yang dimuatnaik oleh @sleepyheadwhynot itu mendapat perhatian netizen sehinggakan meraih 559 ribu tontonan setakat ini.

Ini kerana, mungkin hal yang terjadi kepada wanita itu jarang berlaku kepada pelanggan Foodpanda terbabit. Selain ituu, nota tambahan yang berjela meminta sudu itu juga faktor netizen tertarik dengan video itu.

“Nak sudu, tolong ahhhh nak suduuuu? Kedai lain semua pait nak bagi sudu.. Tolong ahh????? Tak tidur malam saya memikirkan kenapa tak bagi sudu???”, tulis wanita itu pada nota tambahan terbabit.

minta sudu

Disebabkan permintaan terbabit, pihak restoran telah memberikan sudu berupa sudu besi kepada pelanggan tersebut. Itulah momen yang dianggap melucukan dan lain daripada yang lain. Agaknya, restoran berkenaan kasihankan rayuan pelanggan tersebut oleh kerana notanya itu.

minta sudu

@sleepyheadwhynot AKU PENATT😭😭😭 #fyp #yourpage #tiktokmalaysia ♬ original sound – Bubih

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut. Sungguh lucu serta memeranjatkan apabila dapat sudu yang betul-betul sudu, bukan hanya sudu plastik.

Mengambil salah satu komen netizen, @kayytot berkata, mungkin peniaga restoran atau kedai makan mempunyai sebab tersendiri untuk memberi sudu besi berkenaan.

“Hahaha, dia mewakili dengan kedai lain sekali,” komennya dengan seloroh pada ruangan komen berkenaan.

Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat itu adalah perlian daripada restoran tersebut.

“Dia perli akak tu hahahaha”, tulis @seketulpanda memberi pendapat. Ia disahuti oleh pemilik video terbabit dan wanita itu berkata, “tu lah dia suruh pakai sampai Abang Jamil mampos,” balasnya.

“Dia Perli Ke Minta Sudu, Bagi Sudu Besi?”

minta sudu

Memang melucukan dan memeranjatkan apabila tiba-tiba dapat sudu besi macam tu. Apapun niat peniaga terbabit, rasanya kita patut memberi pujian kepadanya. Mahal juga satu set sudu kan?

Dan harus diingatkan, semoga peniaga juga sentiasa mempersiapkan sudu plastik di kedai untuk memudahkan jika pelanggan minta sudu seperti di dalam kisah ini. Ini adalah untuk memudahkan kedua-dua pihak.

Sumber: sleepheadwhynot

Baca juga: “Memang Patut Tulis Macam Tu..”, Netizen Sokong Pelanggan Foodpanda Buat Pesanan Macam ‘Karangan’, Sebabnya..

tags: | |